Monday, July 5, 2010

EMEL PILIHAN : Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

'sharing is caring.
____________________________________________________________________

Dear Friends,

I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.
____________________________________________________________________

Salam. Melihat pada cerita Ahmad tadi,sebagai ahli perubatan Holistik, dapat saya lihat ialah punca penyakit ahmad ilah berpunca daripada krimer yang di minum. Ahmad mulai berpeluh di tangan, jantung cepat berdebar, ini menanda kelemahan pada organ jantung,kelemahan ini berpunca daripada penyumbatan berpunca daripada pemakanan, ini kerana saluran darah ke jantung telah mula tersumbat.Kerana kesumbatan ini menyebabkan Ahmad selalu tercungap-cungap dan cepat letih. Ini akan menyebabkab diserang penyakit jantung kerana saluran darah tidak berjalan dengan lancar.



Kelemahan buah pinggang boleh terjadi setelah mempunyai penyakit jantung kerana kurang pengambilan air masak yang boleh mempercepatkan lagi penurunan imuniti. Oleh itu amalan permakanan yang sihat dan halal perlu di praktik dari awal. Amalan perubatan Holistik mengesan penyakit dan punca penyakit di peringkat awal perlu dilakukan, insyaallah sekiranya cepat dan awal bertindak, segala-galanya mungkin dapat diatasi.

Sekiranya dapat melihat jari hantu ahmad, jari hantu tangan kiri akan bengkok ke kanan,ini menandakan kelemahan jantung ahmad.

Omega 3 softjel + VCO + teh herbal= melancar peredaran darah di saluran jantung. Sekiranya rawatan yang betul dan senergi ubat-ubatan yang betul insyaalllh. Ahmad akan dapat merawati penyakitnya.

Oniey,pengamal perubatan holistik HPA

( Herbal Penawar Al-Wahida)

Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.825.2