Wednesday, July 21, 2010

EMEL PILIHAN-KOMEN TERHADAP IKLAN MCDONALD'S


mcd1.jpg
mcd2.jpg 

TO : info@muslimconsumer.org.my
 


Yth:
Dato' Maamor Osman
Setiausaha Agung
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Kuala Lumpur
Dato',

Saya melanjuti sms yang telah saya hantar kepada Dato' pafi ini.
Menurut saya,iklan yang dibuat oleh pihak McDonald's "Bangga Menjadi Rakyat Malaysia" adalah mengelirukan karena fakta yang dibentangkan adalah bercanggah dengan prinsip 'comprehensive information for public'.

Contoh yang paling mencolok mata, yang saya dapati kerana aktiviti saya sebagai peneliti di bidang rangkaian pengeluaran industri makanan Halal (yang sebagaimana Dato' ketahui juga); di Malaysia, pembekal utama (daging dan produk daging) bagi McDonald's (McD) adalah MacFood Services Sdn Bhd (MacFood). MacFood adalah satu syarikat pemroses barangan daging dan merupakan satu-satunya pembekal tempatan yang disetujui/ diapprove oleh MvD Malaysia. Persoalannya siapakah MacFood tsb?
MacFood Services Sdn Bhd dimiliki oleh Keystone Foood Corp (USA). Mengikut data dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, kepemilikan Keystone Food Corp adalah 51% manakala salah satu syarikat tempatan (proxy???) adalah 49%, yang penting di sini adalah majoriti saham MacFood tersebut dikuasai oleh Keystone Food Corp. Syarikat ini, Keystone Food Corp, adalah salah satu syarikat pengeluar makanan di US dan memiliki saham/ kepemilikan di McDonald's, baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Pembekal utama McD tersebut, MacFood Services jelas merupakan syarikat bukan tempatan atau maksimal boleh kita katakan syarikat JV. Adalah benar bahawa MacFood Services telah banyak melakukan ekspor ke Timur Tengah, namun HANYA kepada McDonald's outlet sahaja. Pengimport di UAE bagi syarikat inipun adalah Keystone Food Corp (saya melihat sendiri di daftar eksport impor dan pengimpornya di Food Control ection, Dubai Municipality, Dubai beberpa tahun yang lalu). Oleh itu pembekal utama kepada McD Malaysia adalah syarikat 'subsidiary' yang berkait daripada US, ataupun justru salah satu syarikat yang memiliki McDonald's (holding company McD: Archer Midland) di New York Stock Exchange.

Masalah kedua adalah kerana hanya MacFood Services sahaja yang dibenarkan menjual produk daging kepada McDonald's, ianya merupakan suatu monopoly. Dato' boleh merujuk kepada syarikat Prima-Agri, syarikat tempatan tidak memiliki peluang untuk menjual kepada McD Malaysia, sehingga ianya justeru menghalang ketelusan industri dalam diversifikasi produk. Ianya tidak memberikan kesempatan kepada pihak lain selain MacFood Services untuk menjadi approved suppliers kepada McD, dan juga membolehkan syarikat tersebut turut melakukan ekspor kepada cawangan-cawangan lain McD di Timur Tengah.

Padahal, dari segi akreditasi/ sertifikasi Halal, quality dan safety system (Halal, HACCP, ISO, dsb), ada ramai lagi syarikat tempatan yang boleh menjual kepada McD, salah satunya adalah Prima Agri Products Sdn Bhd. Justru, Prima Agri telahpun diapprove oleh Kesatuan Eropah manakala MacFood Services belum. Kualiti sistem, safety dan Halal daripada Prima Agri Products tidak kalah berbanding MacFood Services. Jadi, kenapa hanya MacFood Services sahaja yang dibenarkan menjadi pembekal kepada McD Malaysia?

Kalau masalah ini terdapat di Indonesia, ianya boleh dimasukkan kepada kes monopoly, penguasaaan industri oleh satu syarikat (???). Tetapi di sini yang saya lihat, ketidak-wajaran McDonald's dalam memberi kesempatan kepada syarikat-syarikat tempatan lain untuk menjadi pembekal "utama" mereka.

Wassalam,

Yang benar,

Irfan
Food Economist and Halal Food Consultant
Kuala Lumpur, Malaysia
Sumber:  http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.672.2