Photobucket
Showing posts with label BOIKOT. Show all posts
Showing posts with label BOIKOT. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Menggesa JAKIM Menarik Balik Semula Sijil Halal Yang Diberikan Kepada Mana-Mana Syarikat Memberi Sumbangan Kewangan Kepada Zionis



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menarik balik mana-mana sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk-produk daripada syarikat yang memberi sumbangan wang, membantu atau melindungi zionis atau yang jelas mempunyai kepentingan Yahudi. Kami merasakan janggal bagi syarikat yang mempunyai pengiktirafan sijil halal, mendapat manfaat dan keuntungan yang besar sebaliknya memberi sumbangan kepada aktiviti yang menghina Islam dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.


Seharusnya, syarikat umat Islam harus sensitif kepada penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang zalim lagi kejam sebagaimana yang kita saksikan baru-baru ini. Disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri dan takut untuk menggunakan kekuatan yang ada, menyebabkan pihak musuh memijak kepala tanpa sebarang segan dan silu.


Sehubungan dengan itu, buat permulaan ini, adalah dicadangkan di antara produk-produk yang dikenalpasti mempunyai kepentingan/ membantu Zionis Israel secara terang-terangan ialah seperti Colgate, Coca-Cola dan Starbucks. Bagi pihak PPIM, membeli produk-produk yang memberi sumbangan kepada puak Zionis samalah seperti menyokong Yahudi untuk membeli senjata untuk membunuh saudara Islam kita di Palestine dan juga merosakan keamanan serta menghancurkan kemanusiaan.


Sesungguhnya, PPIM memandang serius tindakan kejam zionis Israil terhadap aktivis-aktivis keamanan yang membawa pelbagai barangan bantuan untuk penduduk Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia antaranya dari Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan Lifeline For Gaza (LL4G).


Justeru itu, PPIM menggesa masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan terhadap aktivis keamanan kita yang akan terus berjuang untuk Gaza dengan melakukan jihad ekonomi terhadap Zionis Israel dan sekutunya dengan memboikot barangan mahupun produk yang mempunyai kepentingan yahudi.

Sekian.

Nadzim Johan Ketua
Aktivis PPIM


Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ 

Wednesday, March 3, 2010

Boikot…!!! Boikot …!!! Produk Yahudi..Ikuti Coretan ini

 
fuck_israel.jpgSeorang ayah bersama 6 orang anaknya berlari bertempiaran membawa haluan dan juga nyawa. Isterinynya pula baru sahaja hancur berkecai di panahi bom yang tidak tahu dari mana datangnya. Dia terus berlari sambil menjerit sehinggakan terkencing di dalam seluar. Si ayah tadi hampir tidak ada lagi perasaan takut. Kaki yang sakit itu terasa kebas dan dia sekeluarga terus berlari. Apa yang ada hanyalah satu tekad untuk menyelamatkan anak-anaknya beserta laungan Allahu Akbar.
Apabila sampai di balik tembok yang di rasakan selamat, dia terus bersembunyi dalam kegelapan sambil memeluk anak kecilnya yang berusia setahun di dadanya. Tetapi tiba-tiba, dia berasa hairan. Dia berasa hairan yang teramat sangat. Hairan bukan kerana tiada lagi bunyi bom, tetapi hairan kerana dia seolah-oleh merasakan tekaknya tidak boleh lagi bersuara.
Apa yang terjadi?
Adakah dia sudah mati?
Ohhh.. tidak mungkin!
Ini kerana mulutnya masih lagi tidak putus berdoa dan bertakbir supaya nyawanya dan anaknya diselamatkan. Dia juga masih menjerit nama anak-anaknya tetapi perasaanya ketika itu tidak ubah seperti berada di alam ghaib. Sunyi sepi, tiada sahutan langsung dari anak-anaknya yang lain.
Tetapi hakikatnya, dia belum mati lagi.
Sangkaannya meleset kerana apa yang terjadi sebenarnya cukup menyayat hatinya sebagai seorang ayah. Ya Tuhan…. rupa-rupanya yang ada padanya hanyalah anak yang dipeluknya itu sahaja. 5 lagi orang anaknya tadi sudah tiada lagi dibelakangnya!!!
realiti.jpg
Saban hari, semakin dahsyat pembunuhan terang-terangan yang dilakukan oleh askar Israel. Aku sendiri menyirap darah bila lihat berita mengenainya sampai kadang-kadang dah tak nak lihat lagi dah. Malah inilah sebenarnya NIAT ASAL mereka iaitu penghapusan etnik. Semenanjung Gaza tidak lari seperti satu medan lapang sasar dan ujikaji mereka. Saling tidak tumpah macam “fun fair” yang diterangi cahaya lampu pada waktu malam. Cuma kali ini lebih teruk kerana dihujani dengan senjata SULFUR.
boycott-israel.gifSekarang sudah sampai masanya kita mainkan peranan kita sebagai blogger untuk memboikot produk Israel. Memang benar kita tiada senjata, kita tiada kuasa politik, kita tiada kuasa veto dan kita tiada wang untuk diberi secara on the spot. Tetapi kita ada satu kuasa yang sungguh kuat. Kita ada kuasa yang kita sendiri tidak sedar. Dan yang pasti, mereka tidak boleh lawan kuasa kita ini.

Penyaduran maklumat. Boikot. Kepincangan ekonomi.
Iya.. itulah yang kita boleh lakukan. Blog dan blogger amat berkuasa dalam penyaduran maklumat. Boikot adalah salah satu cara yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam memberi TEKANAN kepada mereka. Kita tidak boleh menyelamatkan nyawa rakyat Palestin secara serentak tetapi kita ada kuasa untuk membuat tentera Israel berundur. Kuasa membeli akan mengawal kuasa diplomatik. Ini adalah satu hakikat.Boikot dan pulaukan sahaja semua produk Israel.

Berikut adalah antara produk-produk Israel yang disalin dari website Inminds:

boikot_2.gifboikot_3.gif
boikot_1.gif

boikot_4.gif
Baca lagi di sini. Untuk melihat dan membaca tentang kekejaman Israel.

Friday, February 26, 2010

TERUS BOIKOT PRODUK YAHUDI.....LAKNATULLAH


Dikhabarkan monumen yg terdapat di suatu pameran 'seni' di Sepanyol... memang kurang ajar...

Wednesday, January 20, 2010

BOIKOT PRODUK SOKONG YAHUDI







FAKTA-FAKTA PENTING
  • Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

  • Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).

  • Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

  • Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.

  • * Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.

  • Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..

  • Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.

  • Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.

  • “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!

    Sumber :  http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/