Wednesday, March 3, 2010

Boikot…!!! Boikot …!!! Produk Yahudi..Ikuti Coretan ini

 
fuck_israel.jpgSeorang ayah bersama 6 orang anaknya berlari bertempiaran membawa haluan dan juga nyawa. Isterinynya pula baru sahaja hancur berkecai di panahi bom yang tidak tahu dari mana datangnya. Dia terus berlari sambil menjerit sehinggakan terkencing di dalam seluar. Si ayah tadi hampir tidak ada lagi perasaan takut. Kaki yang sakit itu terasa kebas dan dia sekeluarga terus berlari. Apa yang ada hanyalah satu tekad untuk menyelamatkan anak-anaknya beserta laungan Allahu Akbar.
Apabila sampai di balik tembok yang di rasakan selamat, dia terus bersembunyi dalam kegelapan sambil memeluk anak kecilnya yang berusia setahun di dadanya. Tetapi tiba-tiba, dia berasa hairan. Dia berasa hairan yang teramat sangat. Hairan bukan kerana tiada lagi bunyi bom, tetapi hairan kerana dia seolah-oleh merasakan tekaknya tidak boleh lagi bersuara.
Apa yang terjadi?
Adakah dia sudah mati?
Ohhh.. tidak mungkin!
Ini kerana mulutnya masih lagi tidak putus berdoa dan bertakbir supaya nyawanya dan anaknya diselamatkan. Dia juga masih menjerit nama anak-anaknya tetapi perasaanya ketika itu tidak ubah seperti berada di alam ghaib. Sunyi sepi, tiada sahutan langsung dari anak-anaknya yang lain.
Tetapi hakikatnya, dia belum mati lagi.
Sangkaannya meleset kerana apa yang terjadi sebenarnya cukup menyayat hatinya sebagai seorang ayah. Ya Tuhan…. rupa-rupanya yang ada padanya hanyalah anak yang dipeluknya itu sahaja. 5 lagi orang anaknya tadi sudah tiada lagi dibelakangnya!!!
realiti.jpg
Saban hari, semakin dahsyat pembunuhan terang-terangan yang dilakukan oleh askar Israel. Aku sendiri menyirap darah bila lihat berita mengenainya sampai kadang-kadang dah tak nak lihat lagi dah. Malah inilah sebenarnya NIAT ASAL mereka iaitu penghapusan etnik. Semenanjung Gaza tidak lari seperti satu medan lapang sasar dan ujikaji mereka. Saling tidak tumpah macam “fun fair” yang diterangi cahaya lampu pada waktu malam. Cuma kali ini lebih teruk kerana dihujani dengan senjata SULFUR.
boycott-israel.gifSekarang sudah sampai masanya kita mainkan peranan kita sebagai blogger untuk memboikot produk Israel. Memang benar kita tiada senjata, kita tiada kuasa politik, kita tiada kuasa veto dan kita tiada wang untuk diberi secara on the spot. Tetapi kita ada satu kuasa yang sungguh kuat. Kita ada kuasa yang kita sendiri tidak sedar. Dan yang pasti, mereka tidak boleh lawan kuasa kita ini.

Penyaduran maklumat. Boikot. Kepincangan ekonomi.
Iya.. itulah yang kita boleh lakukan. Blog dan blogger amat berkuasa dalam penyaduran maklumat. Boikot adalah salah satu cara yang terbaik yang boleh kita lakukan dalam memberi TEKANAN kepada mereka. Kita tidak boleh menyelamatkan nyawa rakyat Palestin secara serentak tetapi kita ada kuasa untuk membuat tentera Israel berundur. Kuasa membeli akan mengawal kuasa diplomatik. Ini adalah satu hakikat.Boikot dan pulaukan sahaja semua produk Israel.

Berikut adalah antara produk-produk Israel yang disalin dari website Inminds:

boikot_2.gifboikot_3.gif
boikot_1.gif

boikot_4.gif
Baca lagi di sini. Untuk melihat dan membaca tentang kekejaman Israel.