Photobucket

Friday, April 30, 2010

Thursday, April 22, 2010

Melaka Halal Hub (MHH)



Thursday, April 15, 2010

Halal Mart HPA Jejawi Perlis

Thursday, April 8, 2010

DIABETES DI USIA MUDA

Tidakkah korang berasa ngeri jika didapati mengalami diabetes di usia muda?? Korang jangan terkejut jika mendapati ada golongan masyarakat yang baru berusia 10 tahun telah pun diserang kencing manis.. Aku harap korang berhati-hati dengan diabetes ye..

Sebelum korang mengmbil langkah berjaga-jaga apa kata kita sama-sama mengenali diabetes.. Terdapat dua jenis utama diabetes :
1. Bergantung pada insulin – Selalu terjadi pada remaja atau kanak², hanya boleh dikawal melalui pengambilan insulin, pemakanan dan senaman.. Perkara ini terjadi disebabkan kekurangan insulin..
2. Tidak bergantung pada insulin – Selalu terjadi kepada orang dewasa (40 tahun ke atas), mempunyai berat badan berlebihan, boleh dikawal melalui pemakanan, senaman dan ubatan..

Risiko Diabetes :

1. Kegemukan..
2. Kurang aktiviti fizikal seperti senaman..
3. Faktor pemakanan seperti makanan berlemak dan kurang zat..
4. Keturunan..
5. Umur..
6. Kumpulan etnik..

Gejala Diabetes :

1. Kerap dahaga dan kerap kencing..
2. Susut berat badan walaupun selera makan meningkat..
3. Letih atau lesu..
4. Luka dan cedera yang lambat untuk sembuh..
5. Gatal² terutama di bahagian kemaluan..

Cegah Diabetes :

1. Amal berat badan unggul..
2. Pilih makanan rendah lemak..
3. Makan mengikut umur dan tahap fizikal..
4. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin..
5. Elakkan snek selepas makan..
6. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu..
Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
1. Penyakit kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Barrintoga Racemosa
2. Pithecellobium Jiringa
3. Tetra Indica
4. Tinospora Crispa
5. Andrographis Paniculata
Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8

Khasiat buah tomato untuk kecantikan

 

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.



Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Minggu ini apa kata cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

HPA Tomato Ketchup (Sos Tomato HPA)



Sos Tomato HPASos Tomato HPA telah dihasilkan oleh HPA Farm yang menggunakan bahan-bahan segar dari ladang berasaskan tomato yang berkualiti tinggi. Sesuatu yang boleh diketengahkan ialah sos tomato HPA tidak menggunakan sebarang bahan pewarna dan bahan perasa tiruan seperti MSG (AJINOMOTO).
Sos Tomato HPA baik untuk kesihatan kulit kerana buah tomato mengandungi anti oksidan yang tinggi dan penting sebagai pelindung sel-sel daripada tindakan oksidan oksigen. Ia mampu menawarkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Ia juga sesuai digunakan sebagai penambah perisa makanan yang dimasak seperti masakan goreng dan sebagainya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 3.30
Sabah & Sarawak : RM 3.80
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia : RM 2.80
Sabah & Sarawak : RM 3.30
Nilai Mata (NM) : 0.25

Tuesday, April 6, 2010

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan - Bhg. 2

avokado

Buah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.

buahara

Buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?


keledek

Keledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.





buah zaitun

Buah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.




buah oren

Limau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.


bawang besar
 
Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.
 
 
Sumber: http://www.wanibrahim.com/sihat/

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan - Bhg. 1

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.
Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:

karot

Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.


tomato

Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.



anggur

Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.




kacang walnut

Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.



kacang bunus

Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.




Sayur saderi Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.

Sumber: http://www.wanibrahim.com/sihat/2008/04/anda-adalah-apa-yang-anda-makan-bhg-1.html

Monday, April 5, 2010

Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan daging singa laut dam ikan air sejuk.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:
Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.
Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).
 
 
Omega-3 HPA
 
Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA dapat mencegah :


1. Kanser
2. Trombosit (pembekuan darah)
3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)
4. Kadar kolestrol yang berlebihan
5. Plasma lipid yang berlebihan
6. Penyakit jantung
7. Stress yang berlebihan
8. Tekanan darah tinggi

DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega3 Softgel adalah :

1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)
2. Mencegah asma
3. Meningkatkan daya seks kesuburan
4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
5. Mencegah penyakit kulit
6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

Komposisi (35 biji per botol) :
Setiap softgel 500mg mengandungi 18%EPA dan 12%DHA

Dos :
Amalkan 2 softgel pagi, 2 waktu tengahari dan 2 waktu malam.
Komposisi (35 biji per botol) :

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

Komposisi (60 biji per botol):

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36

Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

Friday, April 2, 2010

USM cipta alat beza daging ayam, babi

GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan bahan penentu daging yang digunakan dalam sesuatu produk makanan ayam atau babi, lebih murah dengan pengenalan ‘PC (Pork Chicken) Indicator’.

Bahan yang dihasilkan daripada campuran gula ribose itu dibotolkan dalam kandungan empat gram dan dijual pada harga RM15.

Ketua Penyelidik penghasilan bahan berkenaan dari Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Prof Azhar Mat Easa, berkata harga itu lebih rendah berbanding bahan seumpamanya yang terdapat pada masa ini dan sesuai untuk pengusaha industri kecil dan sederhana yang terbabit dalam bidang makanan.

“Mereka hanya perlu membelanjakan wang untuk membeli PC Indicator serta Spectrophotometer yang berharga kira-kira RM20,000 berbanding kaedah lain yang cukup mahal sehingga boleh mencecah RM300,000,” katanya di sini, semalam.

Untuk kajian itu, Azhar dibantu Dr Abbas FM Alkarkhi dan Tan Thuan Chew sejak 2008 dengan kos RM190,000 yang diterima daripada geran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Azhar berkata, PC Indicator digunakan dengan meletakkan bahan itu ke atas daging ayam atau babi dan selepas itu dipanaskan pada suhu tertentu bagi melihat perubahan warna.

“Perubahan warna daging dilihat menggunakan spectrophotometer. Jika julat warnanya pada kadar 0.21 hingga 0.25, ia adalah ayam dan jika 0.12 hingga 0.14, ia adalah babi,” katanya.

Thursday, April 1, 2010

Rokok ada sel darah babi



ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.



KUALA LUMPUR – Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

Banyak lagi artikel Bahaya Rokok...Sila baca..>>>

Sumber: http://www.kosmo.com.my