Wednesday, March 3, 2010

Kenali Kod/Nombor E Makanan Anda

BONE PHOSPHATE - Code: E542
Garam Fosfat berasal dari ekstrak tulang haiwan yang digunakan secara meluas sebagai agen 'anti-caking' (agen yang mengelak makanan mengeras/berketul). Tulang haiwan tersebut mungkin berasal dari tulang haiwan yang 'haram' dimakan. Perlu juga diuji ubat gigi yang mengandungi garam Fosfat dari bahan E542.

COCHINEAL/CARMINE - Code: E120, E122
Sejenis pigmen berwarna merah (pewarna makanan) yang dihasilkan dari serangga/kumbang kering. Rujuk Cochineal dan carmine. Pigmen ini digunakan secara meluas sebagai bahan pewarna makanan di dalam jus, aiskrim, yogurt dan gula-gula serta di dalam produk kosmetik seperti pembayang mata dan gincu. Pewarna makanan ini boleh mendatangkan alahan yang teruk dan kejutan anaphylactic kepada sesetengah orang.
Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/E122 dan http://en.wikipedia.org/wiki/E120

ANIMAL GELATIN - Code: E441
Gelatin haiwan merupakan sejenis bahan pengemulsi berkolagen yang tidak berbau, tiada rasa dan tidak berwarna dengan fizikal berupa seperti jeli atau gam. Ia dihasilkan dengan merebus tulang, tanduk atau sisa kulit dari haiwan untuk mendapatkan kolagen. Perlu diuji samada ia berasal dari haiwan yang 'haram' dimakan atau tidak. Sebagai alternatif terdapat gelatin tumbuhan yang dipanggil Agar-Agar dan Gelozone. Gelatin diguna secara meluas dalam pembuatan makanan, gula-gula dan kapsul ubat-ubatan.
Rujuk gelatin .

GLYCERINE/GLYCEROL - Code: E422
Bahan ini biasanya cecair pekat yang manis tanpa berwarna dan tidak berbau. Ia merupakan sejenis 'alkohol manis' yang dihasilkan dari proses trans-esterifikasi lemak haiwan atau minyak sayuran. Perlu diuji samada ia berasal dari lemak haiwan yang 'haram' dimakan atau tidak. Juga peratusan kandungan yang boleh memabukkan. Contoh bahan terbitannya ialah Propylene Glycol. Gliserin dan Propylene Glycol digunakan secara meluas sebagai bahan pelembap, bahan pemanis dan bahan pengawet dalam makanan dan sirap ubat-ubatan. Rujuk glycerol .

EMULSIFIERS - Code: E470 to E483
Beberapa jenis pengemulsi diberikan kod E470 hingga E483 yang kebanyakannya berasal dari lelemak haiwan. Perlu diuji samada ia berasal dari lelemak haiwan yang 'haram' dimakan. Pengemulsi di gunakan dengan meluas dalam makanan berkrim supaya pepejal dan cecair tidak berpisah membentuk dua lapisan.
EMULSIFIERS - Code: E570 to E572
Pengemulsi makanan lain yang diambil dari lelemak sayuran atau lelemak haiwan. Ia juga digunakan sebagai agen 'anti-caking' (agen yang mengelak makanan mengeras/berketul). E572 adalah disediakan secara sintetik dari E570.