Photobucket

Sunday, June 20, 2010

TULISAN TERBARU PU HPA DI JAWIHERBSHOP

Rumah kecil tiang seribu.

Peniagaan ibarat satu peperangan yang akan dimenangi oleh siapa yang benar-benar kuat. Berbagai cara dan strategi pemasaran telah digunakan untuk memastikan sesebuah syarikat itu sentiasa mendahului pesaingnya. Bagi orang Yahudi mereka akan menggunakan apa jua cara untuk memonopoli dunia peniagaan.Falsafah mereka “niat menghalalkan cara” mengizinkan mereka terus menipu dan melakukan jenayah peniagaan . Mereka bekerja siang dan malam bagi memastikan peniagaan dunia milik mereka kerana kekuatan ekonomi yang mereka miliki menjadikan mereka terus menjadi pengganas dan perompak di setiap belahan bumi ini.

Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti "jihad ekonomi" bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu peniagaan. Lebih-lebih lagi jika peniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh ummat di mana sahaja.

Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit ,setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.

Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniagaan Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan.

Ada satu bentuk peniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan peniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.…(bersambung)
Dihantar JawiHerbShop Pada 6/20/2010 10:39:00 PM

Demam dan Muhasabah.

Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.

Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.

Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.

Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.