Photobucket

Sunday, June 20, 2010

Kurma dan Sejarah


Kurma: Antara Agama dan Sains Moden

Pokok Kurma sudah ada sejak dahulu kala. Usianya barangkali setua usia manusia. Dalam sebuah penggalian Kubur Mesir Kuno, Zen Haret menemukan Mumia yang dibungkus dengan tikar yang diperbuat daripada pelepah kurma serta menemui sebiji buah kurma dalam salah satu perkuburan Saqqara di sekitar mumia-mumia yang berasal dari Era Empayar Pertama Mesir kuno (3200 tahun SM).
Selain penemuan arkeologi ini, banyak Biara Kristien Koptik (Mesir) yang menyimpan tulisan-tulisan yang menyebutkan kelebihan dan manfaat kurma. Buah Kurma turut disebut dalam Taurat, Talmud (kitab suci orang Yahudi) dan juga dalam Kitab Al-Quran. Malahan menurut pendapat (Kristien) dan kajian, Nabi Isa (Jesus) menggunakan dahannya sebagai lambang pedamaian.

Buah Kurma mengalami 5 tahap perkembangan yang memerlukan waktu sekitar 6 Bulan untuk menjadi Kurma Masak dan siap untuk dimakan.

Tahap Pertama disebut "Hababbuk @ Saddi". Pada peringkat ini kurma berbentuk bulat dan berasa pahit.


Tahap Kedua disebut "balah". Pada tahap ini, buah kurma mulai tumbuh dan memanjang, berwarna hijau dan berasa kelat/sepat.

Tahap Ketiga disebut "busr" ataupun "Khalal" dengan warna kuning kemerahan dan rasanya manis bercampur kelat/sepat.


Tahap Keempat disebut "Ruthab" iaitu ketika sebahagian buah kurma terkelupas dan berserat seperti daging, warnanya kuning keperangan seperti madu, lembut dan rasanya manis seperti gula.



Tahap Terakhir disebut "Tamar" dengan warna semakin pekat dan kulitnya berkerut.



Ketinggian Nilai pada Kurma

Sabda rasulullah SAW

"Jika salah seorang dari kamu berbuka puasa, maka sebaiknya ia berbuka puasa dengan kurma; kerana buah kurma itu berkat. Jika tidak menemukan buah kurma, maka (sebaiknya ia berbuka) dengan air kerana air itu menyucikan" (HR at-Timidzi dengan kedudukan Sahih)

Sabda Rasullulah SAW ini mengandungi nilai kemukjizatan yang telah dibuktikan oleh kajian dan penelitian ilmiah.


Kajian mendapati bahawa Buah Kurma memiliki zat gula yang paling tinggi sehingga menjadikan ianya makanan ideal untuk tubuh manusia. ini kerana 75%-87% adalah gula berkadaran tinggi dimana 55% adalah dalam bentuk glukosa dan 45% dalam bentuk fructose selain kadar protien, lemak, vitamin terutama vitamin A, B2 dan B12 serta beberapa mineral penting seperti Kalsium, fosforus, potasium, yodium, kobalt, zink, flourine, tembaga, magnesium dan sedikit sililose.

Fructose bertukar menjadi glukosa dengan cepat dan diserap secara langsung terhadap sistem pencernaan sehingga keperluan tenaga tubuh dapat terpenuhi terutama pada jaringan tubuh yang sangat bergantung pada glukosa misalnya sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang sum-sum.

Fructose dan Sililose memiliki efek tenaga Zink bagi menggerakan Vermicular usus. Disamping itu ianya juga sangat penting dalam menghantar nutrisi ke tempurung otak dan turut serta dalam pembentukan pensenyawaan fostat yang menyalurkan tenaga dan menghantarnya ke seluruh sel-sel tubuh.


Semua Vitamin yang terkandung dalam Buah kurma seperti Vitamin A, B1 dan B2, Biotine, Riboflotine dan lain-lain memiliki peranan aktif dalam proses asimilasi makanan. Vitamin ini juga berfungsi sebagai penenang saraf.


Mineral pula berperanan penting dalam pembentukan enzim yang digunakan dalam proses-proses utama tubuh di samping berperanan penting dalam menstabilkan asam alkali di dalam tubuh. Dengan demikian keteganan otot dan saraf akan hilang.

Selain itu juga, kajian juga mendapati Magnesium di dalam Kurma juga dapat mengatasi masalah Gejala Penuaan.


Disamping itu juga, kajian mendapati bahawa buah kurma mengandungi serat (Zat-zat Fiber) yang menjadi faktor terpenting dalam mengaktifkan gerakan usus dan elastiknya. Zat-zat fiber ini merupaka pencuci perut semulajadi seta sekali gus mencegah sembelit, gangguan pencernaan, dan masalah ragaman tubuh yang lain. Bahkan buah kurma merupakan Ubat Sembelit jika ditelan dengan air liur pada pagi hari.


Kurma Mentah (Balah Ruthab) juga mengandungi hormon Pitosine. Antara khasiat hormon ini adalah membantu menguatkan pembuluh darah pada rahim. Hormon ini membantu mencegah terjadinya pendarahan pada rahim. 
Sumber: http://herbalis-jawi.blogspot.com/2010/05/kurma-dan-sejarah.html