Monday, January 4, 2010

PELANCARAN GEN-7 KPU

01 JAN 2010, 8.30pm, Hotel Sungai Petani Inn- Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abd Rahman telah merasmikan pelancaran Generasi 7 (GEN-7) KPU.


Seramai 500 GEN-7 telah dinobatkan. Mereka merupakan penggempur HPA Zon Utara. Dalam ucapannya GM mengingatkan semua yang hadir akan jangan jadikan isu dan perkara remeh temeh sebagai kekangan dan halangan dalam meneruskan perjuangan HPA. Pengedar perlu ikhlas dan tahu arah tuju serta matlamat HPA. Mereka perlu belajar dan mencontohi pejuang-pejuang lama HPA yang bangkit dengan penuh kepayahan dan kedaifan bagi memastikan HPA menjadi kuat dan tersohor bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh nusantara.

Semua peserta GEN-7 diberikan sijil pengiktirafan dan diwajibkan mengikuti Kursus Kepimpinan yang akan diadakan pada 23 JANUARI 2010 di Hotel Sungai Petani Inn. Program Kepimpinan tersebut bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad.

Saya secara peribadi amat berbangga dengan pelancaran GEN-7 KPU ini kerana ia memberikan  indikator  yang jelas bahawa perjuangan HPA kini telah semakin berkembang luas dan diterima oleh masyarakat di dalam dan luar negara. Penglibatan dua orang abang kandung saya sendiri di dalam GEN-7 ini , iaitu Ismail Abdul Rahman dan Mohd. Fadzli Abdul Rahman turut menjadi inspirasi dan pencetus motivasi kepada saya  dan keluarga untuk lebih aktif dan terus memperjuangkan produk dan perjuangan HPA ini di muka bumi Allah SWT. Doa saya semoga HPA terus kekal dan kukuh dalam jihad memperjuangkan ekonomi ummat Islam.INSYALLAH. Terima kasih kepada PJM-PJM,PJS-PJS dan semua kepimpinan HPA di seluruh Malaysia, khususnya buat PJS Zanbli dan PJS Muzlina yang sentiasa membimbing dan memberi semangat kepada kami.

Koleksi Gambar