Photobucket

Thursday, January 7, 2010

Kelas 06 Januari 2010

6 Januari 2010, 9.30 mlm, HPA Caw. Tg. Malim- Alhamdulillah, mengambil semangat Maal Hijrah 1431H, kelas mingguan HPA bagi komuniti Tanjong Malim pada malam ini telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh lebih daripada 20 orang ahli. Kehadiran ahli ke kelas mingguan kali ini lain daripada yang biasa dan semakin meningkat dari minggu ke seminggu. Ini menandakan keahlian HPA semakin bertambah dan kesedaran ahli untuk menghadiri kelas-kelas mingguan semakin meningkat. "Rukun 6M dalam HPA yang salah satunya [Menghadiri kelas/kuliah/majlis ilmu HPA] adalah salah satu Pra Syarat kejayaan ahli di dalam memperjuangkan HPA ini...."Ulas pengerusi majlis, Ust Tarmizi.

Kelas mingguan pada malam ini disampaikan oleh PJS Jamaluddin dan PJS Pak Lah yang masing-masing menyampaikan slot berkaitan dengan Profail Syarikat, Produk Knowledge (Kencing Manis dan Sinergi Herba) serta Pelan Pemasaran dan Insentif 2010. "Semua ahli layak menerima insentif 2010, jika bersungguh-sungguh atau dengan sepenuh hati berjuang bersama HPA...Rebutlah peluang yang HPA tawarkan ini....." Kata Pak Lah dengan penuh bersemangat.

"Pejabat pentadbiran HPA akan berpindah ke Menara HPA di Seksyen 13 Shah Alam secara berperingkat, dan InsyaAllah dijangka akan dirasmikan pada bulan Mac 2010...", Kata PJS Jamaluddin. Ahli-ahli HPA khsusunya disekitar Lembah Klang berasa bersyukur dengan perkembangan terbaru ini dan perlu merebut peluang untuk bekerja lebih kuat lagi untuk menggempurrrr pasaran dan produk halal HPA di dalam dan luar negara.

Koleksi Gambar