- Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina
- Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll
- Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food
- Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik
- Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti & ban
Tuesday, January 12, 2010
Rangkaian Restoran dan Hotel HPA
Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang Johor dan terkini di Mydin Mall Melaka. Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:
HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.
"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"
Monday, January 11, 2010
MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN

Alhamdulillah...HPA berjaya menambah satu lagi mercu tanda kegemilangan bilamana 50 peratus lagi usaha untuk mendapatkan Menara setinggi 13 tingkat berjaya diselesaikan.Bertempat di Seksyen 13 Shah Alam merupakan kawasan yang paling berpotensi untuk HPA melebarkan sayap perniagaan. Buat semua anak watan...anak bangsa yang mendukung perjuangan HPA, walau di mana juga kita berada HPA merupakan satu jihad ekonomi umat islam..TAKBIR!!!!
Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.
Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Us. Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi semalam.
KPJ yang kali pertama diadakan di Shah Alam semalam telah dihadiri lebih 300 orang yang terdiri dari pengedar pengedar yang setia bersama prospek masing-masing. Sebelum kuliah bermula, para hadirin telah dibentangkan Insentif Taawun HPA 2010 oleh Timbalan Presiden KPA PJS Rosmandi Ishak.
Us Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Us. Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.
Thursday, January 7, 2010
Kelas 06 Januari 2010
6 Januari 2010, 9.30 mlm, HPA Caw. Tg. Malim- Alhamdulillah, mengambil semangat Maal Hijrah 1431H, kelas mingguan HPA bagi komuniti Tanjong Malim pada malam ini telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh lebih daripada 20 orang ahli. Kehadiran ahli ke kelas mingguan kali ini lain daripada yang biasa dan semakin meningkat dari minggu ke seminggu. Ini menandakan keahlian HPA semakin bertambah dan kesedaran ahli untuk menghadiri kelas-kelas mingguan semakin meningkat. "Rukun 6M dalam HPA yang salah satunya [Menghadiri kelas/kuliah/majlis ilmu HPA] adalah salah satu Pra Syarat kejayaan ahli di dalam memperjuangkan HPA ini...."Ulas pengerusi majlis, Ust Tarmizi.
Kelas mingguan pada malam ini disampaikan oleh PJS Jamaluddin dan PJS Pak Lah yang masing-masing menyampaikan slot berkaitan dengan Profail Syarikat, Produk Knowledge (Kencing Manis dan Sinergi Herba) serta Pelan Pemasaran dan Insentif 2010. "Semua ahli layak menerima insentif 2010, jika bersungguh-sungguh atau dengan sepenuh hati berjuang bersama HPA...Rebutlah peluang yang HPA tawarkan ini....." Kata Pak Lah dengan penuh bersemangat.
"Pejabat pentadbiran HPA akan berpindah ke Menara HPA di Seksyen 13 Shah Alam secara berperingkat, dan InsyaAllah dijangka akan dirasmikan pada bulan Mac 2010...", Kata PJS Jamaluddin. Ahli-ahli HPA khsusunya disekitar Lembah Klang berasa bersyukur dengan perkembangan terbaru ini dan perlu merebut peluang untuk bekerja lebih kuat lagi untuk menggempurrrr pasaran dan produk halal HPA di dalam dan luar negara.
Koleksi Gambar
Tuesday, January 5, 2010
INILAH JALAN YANG KITA PILIH
Kita akan bangkit
Nukilan rasa.
Walaupun ditengah-tengah duri yang menikam,
Bersama mengharungi cabaran
Sesungguhnya kejayaan
Ada bersama pengorbanan
Bersama kesetiaan
Tiada apa yang perlu kita risaukan,
Kerana kita ada ALLAH .
Kita ada sejuta tangan yang menadah kepadaNYA,
Kita ada semangat dan jiwa ikhlas,
Ikhlas berjuang kepadaNYA
Allah itu maha adil dan saksama
Cuma kita lalai
Kita leka
Inilah jalan yang kita pilih
Jalan ke jalan kebenaran
Jalan yang selama ini kita cari
Jalan yang kita harungi
Kini kita temui
DenganNya disisi
Pengorbanan ini senang diharungi
Perjuangan ini perjuangan suci
Berjuanglah.....
Berjuanglah.....
Berjuanglah.....
Kerana inilah jalan....
Jalan yang kita pilih
Jalan bersama HPA
Insyaallah.
Nukilan rasa.
i_smilefc
(Ismail Abdul Rahman)
Monday, January 4, 2010
PELANCARAN GEN-7 KPU
01 JAN 2010, 8.30pm, Hotel Sungai Petani Inn- Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, Encik Mohd Faisol Abd Rahman telah merasmikan pelancaran Generasi 7 (GEN-7) KPU.
Seramai 500 GEN-7 telah dinobatkan. Mereka merupakan penggempur HPA Zon Utara. Dalam ucapannya GM mengingatkan semua yang hadir akan jangan jadikan isu dan perkara remeh temeh sebagai kekangan dan halangan dalam meneruskan perjuangan HPA. Pengedar perlu ikhlas dan tahu arah tuju serta matlamat HPA. Mereka perlu belajar dan mencontohi pejuang-pejuang lama HPA yang bangkit dengan penuh kepayahan dan kedaifan bagi memastikan HPA menjadi kuat dan tersohor bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh nusantara.
Semua peserta GEN-7 diberikan sijil pengiktirafan dan diwajibkan mengikuti Kursus Kepimpinan yang akan diadakan pada 23 JANUARI 2010 di Hotel Sungai Petani Inn. Program Kepimpinan tersebut bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pengarah Urusan HPA, Haji Ismail Ahmad.
Saya secara peribadi amat berbangga dengan pelancaran GEN-7 KPU ini kerana ia memberikan indikator yang jelas bahawa perjuangan HPA kini telah semakin berkembang luas dan diterima oleh masyarakat di dalam dan luar negara. Penglibatan dua orang abang kandung saya sendiri di dalam GEN-7 ini , iaitu Ismail Abdul Rahman dan Mohd. Fadzli Abdul Rahman turut menjadi inspirasi dan pencetus motivasi kepada saya dan keluarga untuk lebih aktif dan terus memperjuangkan produk dan perjuangan HPA ini di muka bumi Allah SWT. Doa saya semoga HPA terus kekal dan kukuh dalam jihad memperjuangkan ekonomi ummat Islam.INSYALLAH. Terima kasih kepada PJM-PJM,PJS-PJS dan semua kepimpinan HPA di seluruh Malaysia, khususnya buat PJS Zanbli dan PJS Muzlina yang sentiasa membimbing dan memberi semangat kepada kami.
Koleksi Gambar
Tazkirah daripada Tuan Haji Ismail buat para mujahid!
1) Jagalah Allah nanti Allah akan menjagamu.
Sebagai seorang ahli peniagaan yang mencari untung dua dunia maka seluruh aktiviti ekonomi itu perlu melepasi hambatan-hambatan walaupun ia menjanjikan keuntungan yang lebih.
Andaikata di longgokan bukit emas dihadapan mata namun hati sama sekali tidak akan menerimanya jika ia diberi dengan jalan pendurhakaan kepada Allah swt.
2) Jika pintu rezeki yang terbuka dihadapan kita selama ini tidak halal maka tutuplah segera dan carilah dari pintu yang lain.
Jika kita berniaga pastikan peniagaan itu halal dan membawa kepada pengampunan Allah. Jalan peniagaan yang tiada khianat dan barang peniagaan yang halal lagi baik.
Dari sinilah bermulanya keberkatan dan keuntungan .
Jika kita tidak yakin dengan jalan ini bererti imannya selama ini mengalami kecacatan kerana ia menafikan sifat “kaya” Allah swt dan dalam iktiqadnya ujudnya was-was tentang ketuhanan.
3) Tauhid itu mengakui keesaan Allah dalam semua perkara.
Tauhid wajib bersifat jazam iaitu 100% dan tauhid 99.99% itu batal dan tertolak.
Ini bermakna boleh jadi dunia kini dipenuhi dengan jutaan muslim pada nama tetapi tauhidnya tertolak.
Mereka menjadi penentang kepada ugama mereka sendiri lantaran kejahilan tentang tauhid yang sebenarnya.
Rezeki itu dari Allah dan kembalikan haq Allah tanpa sebarang keraguan.
-Tuan Hj Ismail Hj Ahmad, Pengarah Urusan HPA
Sunday, January 3, 2010
Imuniti Badan Rendah
Anggota badan seseorang yang rendah tahap imunitinya mudah dijangkiti penyakit. Punca-punca dikenalpasti adalah pesakit mengalami tekanan, dan pengambilan gula di dalam makanan yang berlebihan.
Sinergi Produk bagi masalah imuniti rendah adalah seperti berikut:
Sinergi Produk bagi masalah imuniti rendah adalah seperti berikut:
Antara kelebihan meminum Teh Herba ini ia dapat meningkatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
Mengkudu dapat memperbaiki sistem imunisasi dan merangsangkan penghasilan sel T.
Toksid
Tanda-tanda/Simptom secara umumnya
1. Mudah mengantuk,
2. badan gatal-gatal dan
3. badan terasa lemah.
Punca bagaimana badan dimasuki toksid ini adalah dari pemakanan seperti fast food, makanan dalam tin, merokok, persekitaran, dan bahan kimia. Masalah usus juga menyumbang kenapa bahan toksid ini tidak mampu keluar dari badan.
Sinergi Produk bagi masalah toksid adalah seperti berikut:
D'Det bersifat pemusnah racun melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati, ginjal, nodus limpa, usus, paru-paru dan darah.
Spirulina merupakan sumber anti-toksid yang tinggi, justeru itu ia memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid.
Pelawas merupakan herba yang menpunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus akibat najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar.
Pengambilan Teh Herba sebagai minuman tambahan dapat melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid yang berlebihan akibat sembelit.
Amalkan juga meminum Kopi Radix dimana di dalamnya ada 7 bahagian herba terpilih. Antaranya Tebu Gajah yang bertindak sebagai antidot atau penawar racun.
1. Mudah mengantuk,
2. badan gatal-gatal dan
3. badan terasa lemah.
Punca bagaimana badan dimasuki toksid ini adalah dari pemakanan seperti fast food, makanan dalam tin, merokok, persekitaran, dan bahan kimia. Masalah usus juga menyumbang kenapa bahan toksid ini tidak mampu keluar dari badan.
Sinergi Produk bagi masalah toksid adalah seperti berikut:
D'Det bersifat pemusnah racun melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati, ginjal, nodus limpa, usus, paru-paru dan darah.
Spirulina merupakan sumber anti-toksid yang tinggi, justeru itu ia memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid.
Pelawas merupakan herba yang menpunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus akibat najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar.
Pengambilan Teh Herba sebagai minuman tambahan dapat melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid yang berlebihan akibat sembelit.
Amalkan juga meminum Kopi Radix dimana di dalamnya ada 7 bahagian herba terpilih. Antaranya Tebu Gajah yang bertindak sebagai antidot atau penawar racun.
Sinergi Produk-Masalah Angin
Tanda-tanda/Simptom secara umumnya
1. Pesakit sering kebas-kebas dan lenguh pada sendi.
2. Sakit di bahagian kepala, juga mengalami gangguan pemikiran/emosi di mana pesakit mudah marah.
3. Tegang urat tengkuk, urat belikat dan sakit pinggang.
4. Suara pesakit tinggi beserta tajam pandangannya.
5. Berlaku gangguan hormon sehingga hilang pertimbangan diri.
Punca-punca penyakit angin adalah seperti berikut:
2. Sakit di bahagian kepala, juga mengalami gangguan pemikiran/emosi di mana pesakit mudah marah.
3. Tegang urat tengkuk, urat belikat dan sakit pinggang.
4. Suara pesakit tinggi beserta tajam pandangannya.
5. Berlaku gangguan hormon sehingga hilang pertimbangan diri.
Punca-punca penyakit angin adalah seperti berikut:
1. Adanya masalah usus atau pesakit pernah melakukan pembedahan perut.
2. Pesakit mengamalkan meminum air diselang-selikan dengan makanan yang di jamah.
3. Terlalu banyak bercakap.
4. Minum menggunakan Straw, menyedut angin terlebih dahulu sebelum minum.
2. Pesakit mengamalkan meminum air diselang-selikan dengan makanan yang di jamah.
3. Terlalu banyak bercakap.
4. Minum menggunakan Straw, menyedut angin terlebih dahulu sebelum minum.
5. Pemakanan yang menyumbang kepada angin.
Antara Sinergi Produk adalah seperti berikut:
1-Herba Tuju Angin bertindak untuk membuang angin, memudahkan pembuangan air besardan menjadikan badan terasa ringan.
2-Manakala Radix bertindak sebagai penolak angin yang juga amat baik untuk sesiapa yang menghadapi gastrik dan ulser.
3-Adakalanya angin ini juga menyebabkan lemah tenaga batin, justeru itu sinergi bersama dengan Herba Tuju Angin dapat mengurangkan masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac) bagi lelaki dan mengekalkan keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin ketika bersama suami.
4-D'Karm bertindak sebagai pengimbangan angin dalam badan dimana ia bertindak sebagai 'colon cleansing' atau pembersih colon yang tersumbat.
5-Bagi wanita selepas bersalin, gunakan bersama Herba Tuju Angin dan Paramaria Plus bagi mengembalikan kedudukan rahim wanita (masalah rahim turun).
6-Sebagai tambahan Kopi Radix dan Madu amat digalakkan juga.
Ringkasan Produk Dan Senergi
* Ardisia - Untuk merawat masalah ghout
* Ayam/Daging Lembu/Daging Kambing/Fish Ball/Cake/Burger - bebas
penggunaan bahan kimia tidak halal ,diberi makanan herba , bebas daripada
pengunaan MSG , ramuannya disenergi dengan herba terpilih
* Az-zahra Corset - Mengembalikan kelangsingan badan
* Barut Herba - Ramping & sihat semulajadi
* Bedak Awana - Menghaluskan & mencerahkan kulit
* Bedak Delima - Merawat kulit bermasalah
* Bedak Jasmin - Merawat jerawat
* Bedak Tompok Hitam - Menghilangkan tompok hitam/jeragat
* Bijirin Radix - Minuman tenaga dengan khasiat 7 herba
* Coscinum Plus - Untuk Penyakit Alahan @ Allegic
* EQ Minda - Menghilangkan keletihan & stress, membantu perkembangan minda
* Evening Primrose Oil(EPO) - Baik untuk jantung , darah tinggi , sendi ,
peradangan , penglihatan , imuniti badan dan masalah menopause
* Evergreen Centella - Baik untuk perkembangan otak , anti penuaan &
meningkatkan kesuburan
* Extra Virgin Oil - Menghindari masalah kardiovaskular , batu hempedu dan
tinggi vitamin E
* Ficus - Untuk merawat masalah buasir
* Flaxseed Oil (FSO) - Baik untuk menguruskan badan , masalah mata silau ,
kolestrol di arteri jantung dan kaya dengan omega 3 & 6
* Freesia - Pencuci pakaian organik
* Grape Seed Oil(GSO) - Baik untuk masalah kolestrol , angin & anemia.
Baik untuk kecerdasan otak , kolagen menggebukan kulit , melancarkan
peredaran darah , anti kanser/virus , senggugut , asma dan merawat masalah
selaput mata
* Habbatussauda Softgel - anti histamin , anti tumor , anti bakteria ,
anti inflamation , meningkatkan penghasilan susu ibu
* HB - Untuk merawat masalah tekanan darah rendah , batu karang , kencing
manis ,keputihan , penyakit kulit, siflis dll
* Herba Keputihan - Untuk merawat masalah keputihan bagi wanita
* Herba Senggugut - Untuk merawat masalah senggugut
* Kismis Minda - Menguatkan memori , melindungi hati , baik untuk kulit ,
mata & gigi
* Kopi Radix - Minuman tenaga dengan sinergi 7 herba terpilih.
* Kordial Kurma Madu - Sumber tenaga segera yang tinggi serat , kaya
dengan khasiat kurma dan madu
* Kordial Mangga - Kaya dengan vitamin A,E,C serta potassium , antioksida
& beta karoten
* Kordial Pegaga - Mengembalikan kecergasan , merawat demam & batuk
* Kordial Roselle - Kaya dengan vitamin C , anti penuaan dan meningkatkan
imuniti
* Krim But-But - Minyak pelbagai guna dengan mint yang menyegarkan
* Lady Cheer - Pembersih wanita fomulasi sireh , serapat dan manjakani
* Madu Asli - Kaya dengan mineral & multivitamin
* Malac - Untuk merawat penyakit buah pinggang - batu karang , batu
hempedu , demam panas/campak/kuning dll
* Mandian Sari Timun - Melembut , menyegar dan mecerahkan kulit
* Mega 3 - Baik untuk minda , meningkatkan daya kesuburan , mengatasi
masalah jantung
* Mengkudu - Untuk merawat masalah darah tinggi , bekalkan tenaga untuk
badan , membantutkan pertumbuhan sel kanser
* Minyak But-But - Minyak pelbagai guna : lumpuh , luka , buasir , patah ,
kembong perut dll
* Minyak Herba - Penawar racun , bisa binatang , luka , antibiotik dll
* Minyak Pati Sepang - Membersih & menanggal sel-sel mati
* Morin A - Untuk merawat lelah atau asma
* Olive Oil Softgel - melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol , anti
barah payudara, barah kulit, mencegah penyakit batu karang , nyanyuk
* Omega 3 - Baik untuk jantung , kolestrol , darah tinggi , sendi dan mata
* Paramaria Plus - Untukwanita sejati luar dan dalam
* Pelawas - Untuk merawat masalah berkaitan usus
* Plantisol - Untuk merawat penyakit kencing manis
* Radix - Untuk meningkatan tenaga dalaman lelaki dan wanita
* Radix Cola/Sarsi/Oren/Ais Krim Soda - Minuman berkarbonat yang kurang
tekanan gas dan kurang gula disenergi dengan herba terpilih
* Radix Cookies - Biskut tenaga dengan 7 herba terpilih
* Roselle - Kaya dengan vitamin C yang baik untuk anti peneuaan , anti
kanser , stress , selsema dll
* Sabun Asiatica - Melembab & melindungi kulit
* Sabun Bayi - Memelihara kulit bayi secara alami
* Sabun Cassia - Merawat kulit bermasalah
* Sabun Pegaga Alami - Menjadikan kulit lebih lembut dan halus
* Sabun Saffron - Harum & menghaluskan kulit
* Sabun Susu Kambing - Memutih & melembabkan kulit
* Sabun Whitening - Menjadikan kulit lebih cerah dan tegang
* Set Bersalin - set lengkap dengan herba terpilih
* Set Centella White - Gel Pembersih Muka , Krim Perbersih Muka , Esen
Pencerah , Penyegar , Pelembap Muka , Masker Lulur Bervitamin , Krim
Pencerah Malam , Losyen Badan , Gel Mata , Krim Pelindung UV , Syampu &
Terapi Pegaga , Syampu & Terapi Aromatherapi , Masker Rambut Pegaga , Syampu
Betik ,Gel Mandian & Syampu , Krim Pelangsing Badan , Cecair Pencuci Tangan
, Losyen Tapak Kaki , Krim Anti Jerawat,Bedak Talkum Wanita / Lelaki / Bayi
* Set Omra Haj - Mandian & Syampu , Pembersih Muka , Pelembab muka & Badan
, Sabun dan Balm bibir
* Shark Cartilage Plus - Untuk merawat masalah kanser dan ketumbuhan
* Spirulina - anti virus , anti kolestrol
* Spirumadu - Kaya dengan vitamin A, B,C,D,E&K. multi nutrien semulajadi
* Stoma K - Untuk mengatasi masalah kolestrol dan kegemukan
* Tea Tree Oil - Anti kelemumur & penjagaan kulit kepala
* Teh Asiatica Plus - Membakar lemak dan menurunkan kadar kolestrol
* Teh Herba/Instant - Melancarkan peredaran darah , merawat luka dalam dan
peradangan
* Teh Tropika - Menyingkir toksid , merawat ghout, artritis , batu karang
, kencing manis & darah tinggi
* Tonik Pandan - Melebat & menghitamkan rambut
* Tuju Angin - Untuk membuang angin dalam badan
* Virgin Coconut Oil - menguatkan sistem pertahanan badan , memberi tenaga
, anti bakteria , menguatkan rambut dan anti kelemumur
* Vitex - Untuk merawat penyakit darah tinggi
SPIRULINA HPA
Petikan ini diambil daripada http://medicine.com.my/wp/?p=454.
"Spirulina and similar products derived from blue-green algae are commonly taken supplements in Malaysia. I have now seen 5 cancer patients who have developed liver function abnormalities after ingesting Spirulina, one with liver enzymes shooting up to about 1000.
Just yesterday I saw a patient with Hodgkin’s lymphoma undergoing chemotherapy and who was ingesting Spirulina at the same time. She is now deeply jaundiced with markedly raised liver enzymes.
A search in Quackwatch shows this article, Algae: False Claims and Hype which mentions that products containing blue-green algae may contain toxins harmful to the liver .
I am concerned about the quality of the blue-green algae products being sold in Malaysia and whether or not they are harvested from carefully “controlled ponds” and there needs to be some assurance they do not contain Cyanobacterial toxins. My concern stems from the observation of several cases of probable liver toxicity in patients, especially in more susceptible ones like cancer patients undergoing chemotherapy"
"Spirulina and similar products derived from blue-green algae are commonly taken supplements in Malaysia. I have now seen 5 cancer patients who have developed liver function abnormalities after ingesting Spirulina, one with liver enzymes shooting up to about 1000.
Just yesterday I saw a patient with Hodgkin’s lymphoma undergoing chemotherapy and who was ingesting Spirulina at the same time. She is now deeply jaundiced with markedly raised liver enzymes.
A search in Quackwatch shows this article, Algae: False Claims and Hype which mentions that products containing blue-green algae may contain toxins harmful to the liver .
I am concerned about the quality of the blue-green algae products being sold in Malaysia and whether or not they are harvested from carefully “controlled ponds” and there needs to be some assurance they do not contain Cyanobacterial toxins. My concern stems from the observation of several cases of probable liver toxicity in patients, especially in more susceptible ones like cancer patients undergoing chemotherapy"
SPIRULINA HPA KUALITI TERJAMIN
KOLAM PENTERNAKAN SPIRULINA HPA
PENGENALAN
Spirulina (arthospira), ialah sejenis algae biru-hijau atau tumbuhan hijau mikrofonik yang dipercayai diantara yang terawal ALLAH ciptakan di atas muka bumi ini.
Setelah manusia mengetahui segala khasiat yang ada padanya melalui kajian-kajian yang dibuat di seluruh dunia sejak puluhan tahun lalu maka ia telah mula dijadikan makanan kesihatan yang selamat. Ia telah lulus dan menepati piawaian kualiti makanan antarabangsa dan piawaian keselamatan.
Kebanyakan daripada makanan masakini telah menyebabkan toksid terkumpul dalam badan dan meracuni tubuh kita dalam jangkamasa yang panjang. Akibatnya timbullah masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung, kanser, menurunnya imuniti tubuh, fungsi organ yang semakin lemah dan lain-lain.
Faktor-faktor di atas telah menjadi masalah besar di negara-negara maju yang menyumbang kepada kematian sebanyak 60% manakala lebih 40,000 kanak-kanak mati setiap hari di dunia kerana faktor-faktor kekurangan zat makanan.
KELEBIHAN SPIRULINA
Ahli-ahli sains dari Jepun, China, India, Eropah dan Amerika telah mendapati algae seni ini sangat baik kepada kesihatan manusia, di mana ianya boleh meningkatkan kesihatan secara umum dalam berbagai cara:
- meningkat aktiviti anti-virus,
- merendahkan kolestrol,
- merendahkan risiko terhadap serangan kanser,
- menjana sistem pertahanan tubuh (imuniti),
- mengurangkan keracunan ginjal,
- membantu pembiakan Lactobacilus yang sihat dalam usus kecil,
- mempercepatkan kesembuhan luka,
- mengurangkan penderitaan akibat radiasi, dan
- menyelesaikan masalah kekurangan zat.
PETIKAN DARIPADA NOTA KULIAH INTIBAH TUAN HJ ISMAIL AHMAD (2002)
Setelah saya meneliti kelebihan yang ada pada SPIRULINA ini, saya begitu takjub sekali dengan ciptaan tuhan yang telah mencipta herba yang begitu tinggi khasiatnya kepada manusia. Berdasarkan pengalaman dan ilmu herba yang saya fahami, saya akan cuba untuk memberi ulasan berhubung dengan SPIRULINA ini. Mungkin perbahasan SPIRULINA ini tidak sehebat penulis-penulis di barat yang disokongi oleh data-data ujian dan analisis yang diadakan di makmal namun pengalaman saya selama 14 tahun dalam dunia herba akan saya jadikan sebagai panduan asas perbincangan ini.
1. WARNA SPIRULINA
Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan.
Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.
Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.
Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.
2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI
Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai 10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.
Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.
Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.
3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI
SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakit anemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.
Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagai phycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.
Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.
4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI
Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.
SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.
Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlu bersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.
Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.
SPIRULINA mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.
PELABURAN KOWAHIDA DIBUKA SEMULA
Bermula 1 Januari 2010 ini pelaburan saham KOWAHIDA adalah dibuka semula. Pelaburan boleh dibuat dengan mengonline wang anda ke akaun bank KOWAHIDA dan menyerahkan slip bank tersebut kepada mana-mana Cawangan HPA terdekat. Minimun pelaburan RM 200.00 dan Maksimum RM 100,000.00 sahaja.
AKAUN BANK KOWAHIDA
Berikut adalah nombor-nombor akaun KOWAHIDA bagi memudahkan anggota KOWAHIDA melakukan transaksi ONLINE samada untuk langganan syer baru atau tambahan;
AKAUN BANK KOWAHIDA
Berikut adalah nombor-nombor akaun KOWAHIDA bagi memudahkan anggota KOWAHIDA melakukan transaksi ONLINE samada untuk langganan syer baru atau tambahan;
1- BANK ISLAM:
090 100 100 463 16
2- CIMB ISLAMIC:
090 100 001 101 08
3- MAYBAN ISLAMIC:
559 012 306 051
TANYA KOWAHIDA
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad
Sila hubungi:
Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com
Sumber: http://kowahida.blogspot.com/
DARI MATA TURUN KE HATI
Hati merupakan organ yang terbesar di dalam tubuh. Ia terletak di belakang tulang rusuk pada bahagian kanan abdomen. Hati mempunyai dua bahagian, suatu lobus di sebelah kanan dan suatu lagi lobus yang lebih kecil di sebelah kiri. Hati menjalankan banyak fungsi yang penting yang mengekalkan kesihatan seseorang. Ia mengasingkan bahan yang memudaratkan daripada darah. Ia menghasilkan enzim dan hempedu yang membantu menghadamkan makanan. Ia juga menukarkan makanan menjadi bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup dan membesar. Hati mendapat bekalan darahnya daripada dua salur. Kebanyakan daripada darahnya disalurkan oleh vena portal hepatik. Yang lainnya disalurkan oleh arteri hepatik.
Salah satu tanda-tanda hati bermasalah boleh dikesan melalui:
Jadi istilah dari Mata turun ke Hati memang kena pada tempatnya. Mata memainkan peranan penting dalam mengesan penyakit seseorang individu. Selain itu, perubahan emosi seseorang juga dikaitkan dengan masalah hati. Ini kerana hati dikaitkan dengan hempedu dan sememangnya orang tahu hempedu itu pahit. Dan perubahan emosi juga dikaitkan dengan wujudnya batu hempedu.
Salah satu rawatan hati adalah dengan hati. Minyak hati lembu sangat berkhasiat dan dikatakan mempunyai mineral yang mampu merawat penyakit kardiovaskular.
Saya ambil sumber ini daripada http://www.ayushveda.com/.
"Calf liver
There is a certain feeling in us that makes us unwilling to eat baby animals. In addition to this, calf liver is the filtration system of the calf. It is where the toxins that enter the body are broken down. It actually smells badly too. Bile is produced in the liver and bile is bitter. So why should you eat such a thing?
There is a certain feeling in us that makes us unwilling to eat baby animals. In addition to this, calf liver is the filtration system of the calf. It is where the toxins that enter the body are broken down. It actually smells badly too. Bile is produced in the liver and bile is bitter. So why should you eat such a thing?
Calf liver contains the following minerals: copper, folate, riboflavin, selenium, zinc, niacin, phosphorus, and iron. It also contains the following vitamins: A, B5, B6, B12, and C. The high levels of these substances make calf liver good for cardiovascular health and a strong immune system."
Dalam HPA, penawar bagi masalah HATI dikategorikan sebagai penawar yang bersifat Pahit dan detox (penyahtoksin). Antara produk HPA yang sangat berkesan untuk masalah hati adalah:1) D.Det (mengandungi 27 Herba)

2) Teh Herba

3) Teh Asiatica
4) HB
Kesihatan yang baik bermula dengan proses detoksifikasi atau bebas racun dalam tubuh khususnya sistem pencernaan yang terdiri daripada hati, kolon, buah pinggang, darah dan sistem limfa. Toksin bukan hanya berpunca daripada kegagalan proses penghadaman yang sempurna mahupun perubahan gaya hidup moden membabitkan makanan yang kita makan seperti bahan perasa, pewarna tiruan serta makanan segera.
Oleh itu, marilah kita sama-sama beralih kepada produk HPA yang sudah semestinya tidak mempunyai pewarna dan perasa tiruan.
KOPI RADIX : KHASIAT TERBUKTI
Apabila sebut saja Kopi Segera mesti orang ingat untuk kuatkan tenaga and semestinya tenaga batin. Ada juga kaitkan minum kopi segera menyebabkan sakit buah pinggang. Itu mungkin kopi segera lain, Kopi Radix adalah lain daripada yang lain. Kandungan Kopi Radix telah disenergikan dengan 7 jenis herba yang saling melengkapi satu sama lain.
Kopi radix telah disinergikan dengan 7 herba
Keberkatan dan Kesembuhan
Apa yang perlu anda tahu tentang Kopi Radix?
Kekuatan 7 sinergi herba (langit 7 lapis, bumi 7 lapis, mata 7 lapis, manusia 7 sifat, surah Al-Fatihah 7 ayat, tawaf 7 kali)
1. Radix Tebu Gajah (Albyzia Myrophylla)-ANTIDOT
• Bersifat penawar demam
• Mengandungi antioksidan yang bertindak memerangkap radikal bebas yang
menjadi punca pelbagai penyakit
• Mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai
hipoglicemik (menurunkan paras glukosa)
• Meneutralkan kafein dalam kopi
• Mengurangkan rasa pahit Tongkat Ali
• Menawarkan keracunan pada Tongkat Ali
2. Radix Mengkudu Hutan (Morinda Elliptica)-LAXATIF
• Akar yang digunakan dalam Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus
• Morindin sebagai pelawas dan anti kanser (anti tumor)
• Menghilangkan ketumbuhan di otak (sumber: Dr Azizah, UPM)
• Membantu menjana pernafasan (asma, lelah dan resdung)
• Mengandungi selenium antioksidan yang kuat
• Merawat penyakit arthritis dan rheumatic peradangan dari ketidakseimbangan
suhu badan punca asid berlebihan
• Membetulkan perjalanan darah
3. Radix Teja Lawang (Cinnamomum Inners)-KARMINATIF
• Bersifat menolak angin
• Satu famili dengan kulit kayu manis
• Mengandungi minyak sari untuk merawat gastrik
• Mengubati masalah angin
• Mengurangi tekanan di otot jantung
• Rendam kulit kayu manis baik untuk masalah diabetes dan sakit pinggang
4. Radix Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)-DIURETIK
• Memperbanyakkan air kencing bagi mengimbangi suhu dan asid
• Membantu mengurangkan asid urik yang berlebihan (masalah ghout)
• Bio flavanoid meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan
pergerakan ke tempat serangan. Ini menyebabkan seseorang itu kencing
dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga yang seterusnya akan menjadikan
suhu badan akan stabil
5. Akar Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)-AFRODISIAK/ANTIDOT/ ANTIHIPERTENSIF/ANTIPIRETIK
• Memberi tenaga kesan afrodisiak untuk meningkatkan kesuburan dan tenaga
lelaki. Baik diambil bersama Omega 3. Satu kajian di lakukan di Universiti
Malaya di mana tikus putih yang diberi Radix menunjukkan peningkatan 480%
hormon jantannya dan tikus betina pula melahirkan anak jantan melebihi anak
betina dengan nisbah 3:1
• Kardiotonik
• Quassinoid iaitu bahan anti tumor. Untuk kes ketumbuhan di otak, ambil Radix,
Omega 3 dan Spirulina
• Baik untuk melegakan demam jika diambil di peringkat awal
• Sakit sendi (sinergikan bersama Radix dan Herba Tuju Angin)
6. Akar Halban Hitam (Vitex Pubescens)
• Meningkatkan sistem imuniti tubuh
• Kekar isi tubuh
• Menjaga stamina tubuh
7. Akar Larak Hutan (Polythia Hypholeuco)
• Memperbanyakkan susu ibu dan baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin
• Menstabilkan dan menyeimbangkan sel-sel badan untuk masalah orang gemuk
yang makan sedikit tapi gemuk dan orang kurus yang makan banyak tetapi
tidak gemuk
• Menguatkan fizikal tubuh
FAKTA TENTANG AKAR TONGKAT ALI DALAM KOPI RADIX
Tongkat Ali Pilihan:
1. Usia melebihi 20 tahun
• Mempunyai akar tunjang yang panjang untuk mengambil himpunan mineral di
dasar bumi (kandungan bahan aktif yang sempurna)
2. Tumbuhan hutan hujan tropika. Kawasan Garisan Khatulistiwa
3. Bentuk
• Bentuk yang paling baik, lurus dan tajam. Akar dalam bentuk lurus dan tajam
tumbuh di kawasan tanah yang kaya organik dan mengandungi lapisan top soil
yang tinggi.
4. Warna
• Warna kuning dan bukan berwarna putih menandakan kematangan
dan tidak dimakan bubuk. Bersifat pahit dan kategori angin (panas dan
lembab). Merupakan herba detoks yang paling baik
5. Beberapa kajian tentang khasiat tongkat ali:
• Baik untuk pesakit kencing manis
• Baik untuk masalh tulang belakang
• Baik untuk melambatkan menopose
• Baik untuk mencegah kanser
• Baik untuk menguatkan jantung
• Baik untuk rawan sendi
• Baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin (anak cepat berjalan)
BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT KHASIAT MAKSIMUM?
• Pengambilan paling maksimum ialah 6 cawan sehari (2/2/2)
• Resepi lama (5 herba)-2 kali sehari
• 1 uncang bersamaan dengan 1 kapsul
• Untuk peringkat awal, ambil secara beransur-ansur, mulai dengan dos
yang rendah
• Minum air kosong 1 cawan dalam cawan yang sama Kopi Radix tersebut
diminum. Amalkan selepas setiap kali minum Kopi Radix
Selamat mencuba kopi radix dan lain lain herba yang ada dalam HPA. Insyallah anda akan mendapat khasiat dan manfaatnya.
Sumber: http://suarahpa.blogspot.com
Saturday, January 2, 2010
ANCAMAN BAHAYA FLUORIDA


&
KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN BANNER KEMPEN ANTI FLUORIDA
Pihak HPA telah menyediakan alternatif utk kita sama-sama menggunakan produk yg halal,suci dan lagi baik..Antaranya Ubat gigi..Cukup sesuai kepada yang mengalami masalah gigi sensitif..
KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN BANNER KEMPEN ANTI FLUORIDA
Pihak HPA telah menyediakan alternatif utk kita sama-sama menggunakan produk yg halal,suci dan lagi baik..Antaranya Ubat gigi..Cukup sesuai kepada yang mengalami masalah gigi sensitif..
Subscribe to:
Posts (Atom)
































![[flyer+dew+water+2.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg830rR3JeIWt-Sy-uj2zcelMCAB3Gh85aJkICoVU6IXA9NvRv8qTuAHVNJqZJlTUPPz81di6kxJLGrrCdYj6wwRaFFEDisqAPsaExkRHvcbRj9RQEoK1rvTPHuDhryzrjRCQ5iakA2cc/s1600/flyer+dew+water+2.jpg)





