Photobucket

Sunday, February 14, 2010

Kursus Latihan & Kepimpinan Gen 1-7 KPU Perak

Ipoh- Alhamdulillah, Kursus Latihan & Kepimpinan Gen 1-7 KPU Perak telah berjaya dilangsungkan pada 14 Februari 2010 di Hotel Seri Malaysia Ipoh dengan kehadiran yang agak luar biasa. Hampir 80 orang ahli HPA memenuhi dewan bagi mengikuti program sehari anjuran KPU yang diketuai oleh PJM Ust Mohd Zahir bin Ghazali. PJS Sdr Noorhyzad diamanahkan sebagai pengerusi majlis sepanjang berlangsungnya kursus ini. PJM Ust Zahir memulakan bicara dengan taklimatnya mengenai ciri-ciri peningkatan yang harus pada setiap pemimpin HPA. Ciri-ciri peningkatan yang diutarakan ialah peningkatan dari segi penampilan diri dan sahsiah, ilmu, bonus dan kemahiran. PJS Sdr Aseri bin Hanapiah pula menyampaikan ceramah mengenai Pelan Pemasaran HPA dan insentif Ta'awun 2010.

Pada petangnya
Pengurus Besar AWM HPA Encik Mohamad Faisol menyampaikan ceramah Peranan Pemimpin HPA sebagai MLMS Great Leader. Terdapat beberapa unsur yang harus dimiliki oleh setiap pemimpin iaitu:
1. Cabaran dan Persiapan
2. Mendidik dan Mengurus
3. Bina Impian
4. Kuasa Minda yang hebat
5. Bina kelainan dalam kehidupan


Program diakhiri oleh PJS Ust Sabri bin Ahmad dengan ceramahnya mengenai produk-produk pilihan HPA. Semoga kursus-kursus seperti ini dapat meningkatkan motivasi para pemimpin KPU Perak agar perjuangan memartabatkan produk Islam di pasaran Malaysia diteruskan dan secara tidak langsung melahirkan ramai pemimpin hebat di negeri Perak Darul Ridzuan. KPU Tanjung Malim diwakili oleh Ust Muhammad Tarmizi Abdul Rahman, Sdr Musa Jaafar, Sdri Husna Shahabudin dan Sdri Norsham Mokhtar selain penulis sendiri (Mohd. Hamdan Hj Yasin).


Sumber : http://hamdanyasin.blogspot.com