Photobucket

Thursday, February 25, 2010

KPJ Hotel de Palma Ampang 22 Februari 2010

Gambar ehsan daripada HPA Nusantara
Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan di Hotel de Palma Ampang, KL bermula jam 9.40 malam oleh Pengarah Urusan (PU) HPA Tuan Hj Ismail b Hj Ahmad kali ini ialah bertajuk sinergi herba. Empat tujuan utama dimana yang perlu difahami dalam sesuatu sinergi ubatan herba iaitu bertujuan menggabungkan herba utama, herba yang mengurangi kekerasan ubat, herba yang mempercepatkan kesembuhan dan herba yang mengelakan kesan sampingan. Manakala syarat sinergi ia perlu mengandungi vitamin C contohnya di dalam Herba Roselle, laxatif (Pelawas), asid lemak (Omega 3) dan melatonin (Mengkudu) untuk tidur yang merehatkan.
Menurut PU lagi, adunan herba yang baik ialah membuka kapsul herba lalu dimasukkan ke dalam cawan/gelas, dimasukkan air suam, mengacau menggunakan sudu kayu mengikut arah tawaf (lawan jam), dimasukkan madu dan minum setelah herba mendak. Sesuatu herba akan menjadi merbahaya untuk dimakan sekiranya ia telah bertukar menjadi bahan kimia dengan mencampurkan bahan-bahan asing, tidak alami, wujudnya aditif, wujudnya logam berat, tidak organik, pengambilan tidak mengikut peraturan dan dibuat tanpa kepakaran. Kelebihan pengambilan herba ialah ia berbentuk alami, bersifat antioksidan dan antibodi, sesuai dengan sistem tubuh dan tidak mengganggu, ada cara pengambilannya, sebagai makanan tambahan, sebagai ubatan dan kesan yang tinggi dalam penyembuhan.

Sempena KPJ malam tadi, PU telah mengumumkan penurunan harga bagi 18 item produk HPA . Hanya satu produk sahaja yang telah diturunkan nilai mata selaras dengan penurunan harga tersebut iaitu QH11 Syampoo Pandan Kasturi dengan Nilai Mata dikurangkan daripada 5 kepada 2 mata manakala produk lain nilai mata masih lagi dikekalkan. Ramai hadirin berpuashati dengan kuliah yang disampaikan oleh PU apatah lagi PU berbesar hati menghadiahkan sebuku sabun tanah liat kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Kuliah berakhir pada jam 11 malam.


Sumber : http://hamdanyasin.blogspot.com/