Photobucket

Thursday, December 24, 2009

Organik Mengkudu

Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit. HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati Produk Organik Mengkudu HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-
1. Menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
5. Anti Histimik.
6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
7. Memelihara sistem jantung.
8. Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.
9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.
10. Anti penuaan.
11. Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2.
12. Mencegah ketegangan (stress) dan Stroke.
13. Memelihara fungsi ginjal.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Morinda Citrifolia

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8
========================================================
Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Mengkudu Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Mengkudu + Madu

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan.Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 - 5 kali.
Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih(sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Penyakit dari unsur api.

Unsur api akan menyerang dibahagian kepala menyebabkan pesakit merasa panas dikepala,sakit dan sukar tidur pada waktu malam.Kelihatan urat-urat merah di mata putih dan lidah pula seperti digigit di pinggirnya.
Bawah mata berwarna hitam menandakan pesakit tidak dapat “deep sleeping”.Bagi memulakan pengubatan dari unsur api,herba daripada bunga dan buah lebih utama kerana bunga dan buah berada pada bahagian paling hujung sesuatu pohon sama seperti kedudukan kepala manusia.
Buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti.Namun bagitu perubatan dari jenis bunga samada melalui aroma terapi ataupun madu lebah (manisan bunga) boleh disinergikan bagi mendapatkan keseimbangan sinergi.
Dua kapsul mengkudu dibuka dan dimasukan kedalam gelas air suam/hangat serta ditambah dengan satu sudu kecil madu lebah.Jangan bimbang dengan pandangan menyatakan madu lebah sesuatu yang panas kerana kepanasan dibahagian kepala dapat dikeluarkan melalui kaedah ini.
Minum 3 kali sehari ,pagi,tengahari dan malam.
Selepas solat insya pesakit perlu tidur awal kerana masa pengeluaran melatonin adalah di awal malam.Malapkan lampu,baca doa tidur dan zikirlah