Filem dokumentari Food, Inc patut ditonoton oleh semua orang kerana memaparkan kebobrokan,kerakusan dan kepincangan dalam industri pemprosesan makanan mentah seperti daging dan sayur-sayuran di Amerika. Ia mendedahkan keburukan amalan yang dilakukan oleh pengusaha dan penternak yang menggunakan kaedah moden bagi mengembangkan hasil pertanian atau ternakan mereka. Ayam disuntik untuk mendapatkan baka yang bersaiz besar, cepat matang, diletakkan di dalam kandang yang tertutup tidak disinari cahaya matahari sepanjang hayat, lembu diternak di dalam kandang yang sempit, membesar bersama najisnya yang dibiarkan bertaburan, apabila disembelih - bakteria yang masih terdapat pada tubuhnya mencemarkan dagingnya lalu dimakan oleh manusia. Filem ini mendapat kritikan yang hebat terutama oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri makanan proses.
Jika ia berlaku di Amerika yang memiliki 30% keluasan tanah dikhaskan untuk penternakan, apa kurangnya negara kita Malaysia yang mempunyai tanah yang terhad? Apakah lebih teruk dari itu?
Saya sarankan kepada pembaca sekelian menonton filem ini - jika ia tidak terdapat di pasaran tempatan, anda boleh muat-turun menggunakan Torrent atau pergi ke link di bawah ini.
Pautan Food, Inc