Photobucket
Showing posts with label KESIHATAN vs PENYAKIT. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN vs PENYAKIT. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Gaut dan sinergi produk HPA


Tanda yang jelas akibat ghout adalah sakit yang melampau pada sendi-sendi pergelangan kaki, tangan dan lutut.

Sinergi Produk HPA yang dapat mengurangkan masalah ghout ini adalah:

Ardisia mengandungi herba Aridisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi.

Malac digunakan bersama dengan Ardisia akan memperbanyakkan air kencing di mana asid urik yang berlebihan dibawa keluar dari badan.

Mengkudu pula bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada penghidap Arthritis.

Teh herba dapat menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit ghout.
Minum Kopi Radix dimana di dalam kandungannya terdapat herba Mata Pelanduk

Thursday, November 11, 2010

Penyakit GERD!!





MASALAH asid refluk atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai gastro-esophageal reflux disease (Gerd) adalah penyakit yang sering dialami setiap orang. Bagaimanapun, tidak ramai yang mengenali masalah Gerd dan sebab itu ia dirujuk sebagai penyakit gastrik.

Sungguhpun simptom Gerd dan gastrik banyak persamaannya tetapi punca dan fisiologinya berbeza. Pakar Perunding Bedah Gastro Usus dan Laparaskopik Lanjutan, Pusat Perubatan Pantai, Dr Abdul Fahmi Abdul Karim, berkata Gerd terjadi apabila asid yang berada di dalam perut melimpah ke ruang saluran makanan (esofagus) manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dr Fahmi berkata, Gerd menyebabkan radang, pedih ulu hati dan lain-lain komplikasi pada esofagus. Masalah Gerd terjadi apabila cecair asid, angin atau makanan dari dalam perut naik semula ke esofagus. Ini disebabkan kelemahan otot di persimpangan antara perut dan esofagus untuk mencegahnya daripada naik semula ke saluran makanan. Kebanyakan orang memahami Gerd adalah penyakit seumur hidup. Rawatan terbaik untuk mengawalnya ialah dengan pengambilan ubat. Bagaimanapun, perlu difahami pengawalan bukanlah penyembuhan. Malah, ada kalanya pengambilan ubat dalam tempoh yang lama, misalnya berbelas-belas tahun akan memberi kesan sampingan kepada pesakit.

Katanya, sebenarnya, Gerd tidak perlu dideritai seumur hidup.

Dr Fahmi berkata, ramai yang tidak mengetahui adanya pilihan rawatan melalui pembedahan yang memungkinkan Gerd disembuhkan sepenuhnya. Menerusi kaedah pembedahan yang dikenali sebagai pembedahan laparoskopik antirefluk atau 'Floppy Nissen Fundoplication', pesakit hanya perlu menjalani pembedahan antara satu hingga dua jam. Selepas dibedah, pesakit tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan susulan sepanjang hayat. "Secara terperinci, dalam keadaan normal, ada sempadan antara esofagus dan perut yang dikenali sebagai 'oesophago-gastic junction' atau singkatnya disebut OG-junction. Simpang ini dikawal oleh otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid masuk ke esofagus. Bagaimanapun, bagi pesakit Gerd, otot pencerut ini tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas," katanya.

Sepintas Lalu Mengenai Gerd

Perut anda dipenuhi dengan asid yang bertindak membantu percernaan makanan. Mungkin anda tidak tahu, asid ini sama tahap keasidannya dengan asid bateri. Walaupun struktur perut memang berupaya mengendalikan asid yang terhasil ini tetapi tidak pada esofagus. Justeru, apabila asid naik semula ke esofagus, ia menyebabkan rasa terbakar yang dikenali sebagai pedih ulu hati. Secara umum, semua orang pernah merasai pedih ulu hati tetapi tidak terlalu kerap. Bagaimanapun, jika keadaan ini berlanjutan selama lebih dari satu jam sehari dan sering melanda, anda mungkin berhadapan dengan Gerd. Simptom lain termasuk rasa mual atau muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Kesakitan di dada yang sering dialami oleh pesakit Gerd kadangkala disalah anggap sebagai penyakit jantung. Ia terjadi apabila otot pencerut sfinkter tidak tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Gerd dalah masalah kronik yang menyebabkan komplikasi serius.


Sumber:http://nissamilo.blogspot.com/2009/05/penyakit-gerd.html

Monday, June 21, 2010

DARAH TINGGI & RAWATAN HERBA

PENGENALAN

Darah tinggi dikenali sebagai “Pembunuh Senyap” yang biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, menyebabkan seseorang itu jatuh dan tidak sedarkan diri. Hasil pemeriksaan menunjukkan berlakunya pendarahan di dalam otak yang dikenali sebagai cerebro vascular accident (CVO) akibat dari tekanan yang kuat dan terjadinya kematian serta merta.
Statistik masa kini menunjukkan, dalam masa 1 jam berlaku serangan darah tinggi kepada 1 dalam setiap 6 orang. Selepas 1 jam berlakunya serangan, 90% meninggal dunia manakala 10% lagi hidup dalam keadaan terlantar.

DARAH TINGGI

Darah tinggi ialah tekanan yang dikenakan pada pembuluh arteri semasa darah mengalir keseluruh tubuh. Kadar tekanan darah yang optimum/normal adalah 120/80 mm Hg (sistolik/diastolik), dan apabila tekanan tersebut melebihi tekanan darah optimum ia boleh mengakibatkan ‘stroke’, sakit jantung, masalah di buah pinggang dan ada hubungan dengan penyakit kencing manis.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah yang menunjukkan di atas 140/90 mmHg (milimeter raksa). Cenderung diturunkan dalam keluarga dan lebih banyak terjadi pada orang tua. Keadaan ini tidak boleh disembuhkan mengikut perubatan moden tetapi boleh disembuhkan dengan perubatan herba.

PUNCA BERLAKU

Punca berlakunya tekanan darah tinggi; mengikut kaedah perubatan alopati masih dalam kajian dan 90% penyebabnya tidak diketahui tetapi kematian terus berlaku. Adalah sesuatu yang pelik dengan kecanggihan alatan perubatan dan ilmu perubatan yang semakin berkembang; mereka boleh mengatakan "tidak tahu puncanya penyakit tekanan darah tinggi".
Tanda-tanda teruk
  • Stroke
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan ginjal

UBATAN KIMIA

Berbagai ubatan kimia yang telah berada di pasaran merupakan pilihan utama dalam perawatan alopati. Kesan sampingan daripada pengubatan kimia juga tidak boleh dielakkan akibat daripada penggunaan bahan kimia secara berterusan.
Salah satu jenis ubatan untuk darah tinggi ialah dari jenis beta-blokers. Ubatan ini memberikan kesan sampingan seperti ‘dizziness’, penurunan rangsangan seks, sukar tidur atau terlalu mengantuk, ‘fatigue’, sejuk kaki dan tangan, jantung menjadi terlalu perlahan, ‘edema’, masalah pernafasan dan kemurungan.

PERUBATAN JAWI

Di sini HPA menawarkan satu alternatif pengubatan herba selari dengan slogan ‘Back to nature’ yang telah menular di seluruh dunia. Alhamdulillah, HPA telah menerokai bidang perubatan herba ini sejak 20 tahun yang lalu dan dalam tempoh masa tersebut banyak pengalaman yang telah dipelajari secara praktikal.
KEMBALI KEPADA ALAMIAH
Negara memiliki kekayaan hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan tumbuhan ubatan. Ubatan herba telah diamalkan sepenuhnya sebelum kedatangan ubatan moden di pasaran. Keupayaan ubatan herba juga tidak boleh diperkecilkan apabila kajian-kajian ke atas tongkat ali dan pegaga yang dibuat di universiti-universiti tempatan membuktikan tanggapan pengamal herba masa dahulu memang benar berlaku. Adalah tidak logik hanya dengan 2 jenis herba ini sahaja yang boleh dijadikan ubatan yang berkesan.
HERBA-HERBA TEMPATAN
Terdapat beberapa jenis herba yang digunakan oleh masyarakat hari ini sebagai ubatan darah tinggi iaitu:-
  • Hempedu bumi (Andrographis paniculata)
  • Tongkat ali (Eurycoma longifolia)
  • Mengkudu (Morinda citrifolia)
  • Misai kucing (Orthosiphon stamineus)
  • Dukung anak (Phyllanthus niruri)
  • Sireh (Piper betle L.)
  • Daun senduk (Plantago major)
  • Lidah buaya (Aloe vera linn.
Ada beberapa jenis herba yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah tinggi yang cepat. Pengambilannya mestilah dalam kuantiti yang sangat sedikit dan perlu kepada sinergi yang tepat;
  • Daun atau akar cermai
  • Daun pokok melaka
Ada juga herba yang menyebabkan berlakunya peningkatan pada tekanan darah terutamnya pada mereka yang sudah mengalami darah tinggi seperti:
  • Daun cekor manis
  • Rebung
  • Ubi kayu
  • Buah sukun
  • Nangka
  • Buah kuinin
  • Tembikai,
  • Mangga
Dalam ubi kayu terdapat satu bahan bernama Sianida yang boleh mempengaruhi fungsi kelenjar ‘thyroid’. Hipotiroid dan Hipertiroid juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Orang yang ada masalah ‘thyroid’ dan darah tinggi akan menunjukkan peningkatan tekanan darah apabila mengambil ubi kayu atau daun ubi kayu. Rawatan untuk masalah ini dengan menggunakan ‘Aloe vera’ yang mana bahan yang terdapat di dalamnya dikenali sebagai polisakarida.
HERBA PAHIT
Dalam masyarakat Melayu, herba-herba pahit sering digunakan secara sinergi dengan pelbagai jenis herba lain bagi mengimbangi kekuatan sesuatu herba dan mengelakkan kesan sampingan.
Pengambilan herba pahit secara tunggal akan menyebabkan:
  • pengeringan cairan di sendi-sendi
  • lemah tenaga lelaki ‘impotensi’

HERBA DIURETIK
Herba-herba ‘monocot’ iaitu urat daun yang selari, akar berambut dan mempunyai ruas pada batang mempunyai kesan diuretik iaitu memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Herba-herba diuretik juga bersifat anti-hipertensi (menurunkan tekanan darah tinggi) dan anti-piretik (menurunkan panas badan). Akar atau bulu jagung, daun pandan, air kelapa, akar buluh, lalang, barli dan air beras juga boleh digunakan bagi membantu penurunan darah tinggi.
MALAC adalah produk yang terdiri daripada beberapa herba yang memberikan kesan diuretik. Pengambilannya akan menyebabkan berlakunya pengeluaran urin yang banyak dan tekanan darah akan turut turun. Tindakan herba ini sangat berkesan pada masalah penyempitan saluran darah terutama di buah pinggang yang merupakan salah satu penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi.
MASALAH TIDUR
Kesukaran untuk mendapatkan tidur yang berkualiti (deep sleeping) juga boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Hormon yang mempengaruhi tidur (hormon melatonin), ia dirembeskan pada awal malam oleh kelenjar ‘pineal gland’. Pada 2/3 malam yang akhir, hormon ini mula berkurangan dan jika seseorang membiasakan tidur lewat ia mungkin mudah terkena serangan darah tinggi.
Elakkan daripada mengambil minuman yang menyebabkan sukar tidur pada waktu malam seperti kopi biasa, alkohol. Kesukaran tidur menandakan keadaan suhu badan yang tinggi dan akan menyebabkan berlakunya ‘imbalance hormone’ di dalam tubuh. Penyumbang utamanya ialah akibat pengamalan sesuatu jenis ubatan kimia.
Keadaan tidur yang sering terganggu dikenali dengan ‘sleep apnea’ di mana nafas terhenti sepuluh detik diikuti dengan terkejut dan batuk. Sleep Apnea mungkin berpunca daripada tekanan emosi, kelebihan tidur dan kemurungan.
MASALAH SEMBELIT
Pastikan pesakit darah tinggi tidak menghadapi masalah sembelit kerana kesumbatan usus besar akan menambahkan tekanan pada jantung yang mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi berterusan. Pelbagai herba ‘laxative’ atau pelawas boleh digunakan tetapi yang terbaik diambil adalah dari jenis buah.
BUAH MENGKUDU
Dalam doktrin herba, buah digunakan paling baik untuk bahagian kepala iaitu sistem hormon dalam tubuh dan sistem pencernaan. Buah mengkudu mempunyai keupayaan untuk merangsang pengeluaran hormon melatonin yang dapat memperbaiki tidur dan mengandungi enzim untuk pencernaan yang baik.
Sebaik-baik kapsul MENGKUDU dibuka dan dicampur dengan air mineral selama 30 minit sebelum diminum. Dos yang dicadangkan ialah 2 kapsul bersama segelas air mineral pagi dan juga malam. Elakkan dari tidur lewat dan amalkan untuk bangun mengerjakan tahajud bagi mendapatkan hormon sakinah.
AIR MINERAL HPA
Banyak air mineral yang berada di pasaran sangat kurang mineralnya terutama kalsium dan magnesium. Dua mineral ini penting untuk perawatan darah tinggi. Ujian lampu dapat membezakan kandungan mineral di dalam air mineral. Jangan rendam kapsul MENGKUDU dalam air panas kerana ia akan mematikan enzim buah tersebut.
KERACUNAN LOGAM BERAT
Masyarakat melayu menggunakan kaedah nyahtoksid logam berat dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan tanah liat. Chelation Therapy untuk singkir logam berat dari otak dan tubuh badan.
Penggunaan kaedah ‘drip’ langsung ke saluran darah pesakit mendatangkan kesan positif kepada pesakit darah tinggi. Produk D’DET yang dihasilkan daripada 28 jenis herba pahit termasuk spirulina, hempedu bumi, sireh dll mempunyai ciri ‘chelation therapy’. Dos yang dicadangkan seperti pada botol tetapi dos yang tepat bergantung kepada tindakbalas tubuh dan tahap tubuh pesakit
setelah didiagnos oleh herbalis.

PIL PERANCANG
Banyak daripada jenis ubat perancang keluarga yang menjadi penyebab berlakunya darah tinggi. Merancang keluarga bukanlah sesuatu yang sihat dalam agama dan kesihatan tubuh badan kecuali dalam kes-kes tertentu.
Terdapat beberapa kaedah dan herba yang dapat membantu ibi-ibu daripada menghadapi tempoh mengandung yang terdekat.
  • penyusuan penuh selama 2 tahun boleh melewatkan hamil.
  • mengelakkan bersama selama 1 minggu ketika tahap kesuburan tinggi iaitu 2 minggu bermula dari kedatangan haid.
  • mengurangi makanan yang panas seperti daging dan rempah.
Penyakit darah tinggi boleh berlaku sewaktu mengandung. Ini ada hubungkait dengan masalah kekurangan kalsium dan magnesium. Kalsium tidak boleh berfungsi tanpa magnesium dan vitamin D. Vitamin D boleh didapati dari sumber seperti daging dan organ dalaman haiwan. Ia boleh juga didapati melalui cahaya matahari.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan yang diawet menjadi penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi. Makanan-makanan itu seperti ikan masin, telur masin, kicap, makanan yang mengandungi MSG, natrium benzoate, 'baking soda' dan lain-lain.
RAWATAN BEKAM ALHIJAMAH
Titik bekam yang tepat dapat melepaskan tekanan darah yang sedang memuncak dengan cepat.
RUMUSAN
Dalam menangani masalah penyakit "Pembunuh Senyap" ini; tumpuan perawatan kepada punca masalah mestilah diutamakan seperti perawatan kepada darah, usus dan ginjal. Kebiasaannya darah orang menghidap penyakit darah tinggi adalah pekat berdasarkan pengalaman berbekam. Oleh sebab itu, kepekatan itu boleh dikurangkan dengan pengambilan O-mega-3. Masalah usus juga sering menyerang pesakit darah tinggi yang mengalami sembelit. Ianya di atasi dengan menggunakan Spirulina. Selain dari itu, herba-herba yang digunakan adalah seperti berikut Malac, D'Deu dan Vitex.

Sumber: http://hamba66-ramly.blogspot.com/

Monday, June 14, 2010

PRINSIP DALAM PENGAMALAN HERBA HPA

PENGENALAN

Bidang perawatan herba mempunyai kaedahnya yang sendiri dalam mengenali penyakit dan menentukan ubatannya. Ilmu ini sebenarnya didukung sejak sekian lama hasil dari pemerhatian (Doctorine of Signature) semenjak turun temurun sebelum adanya peralatan moden dan kajian klinikal.

Herba yang pada satu masa dahulu terpinggir kini mula mempunyai tempat di tengah masyarakat. Perlumbaan menghasilkan ubat menjadikan bidang ini tumbuh dengan cepat sekali sehingga menimbulkan rasa kebimbangan dikalangan ahli perubatan alopati yang semakin kurang popular di kalangan masyarakat yang mula celik herba.

TUBUH MANUSIA

Tubuh manusia yang unik ini terbentuk daripada ROH dan JASAD. Roh Allah SWT jadikan dari Alam Lahut manakala jasadnya Allah SWT ciptakan daripada 4 unsur penting iaitu TANAH, AIR, API dan ANGIN.

Setiap unsur memiliki tabiat yang tersendiri seperti sifat sejuk pada air. Keseimbangan keempat unsur di dalam tubuh menghasilkan sihat dan jika sesuatu sifat unsur melebihi yang lain maka timbullah penyakit.

Para HERBALIS berpendapat, penyakit berpunca daripada longgokan toksid yang banyak akibat daripada keracunan makanan, ketidakseimbangan tenaga haba (panas) yang menyebabkan badan menjadi panas atau sejuk.

PENYAKIT PANAS

Tubuh manusia terdiri daripada 25% bahan padat dan 75% lagi adalah air. Kandungan air yang cukup merupakan diantara keperluan tubuh yang penting untuk ia sentiasa segar dan sihat. Kita sepatutnya minum air bersih 10 cawan atau 2.5 liter sehari. Kekotoran dan racun tidak akan dapat dikeluarkan tanpa meminum air yang secukupnya.

Air gunung yang turun dari puncaknya adalah air yang terbaik kerana telah berlaku pemecahan kepada molekul yang halus apabila bertemu dengan batu-batu yang kecil. Lebih halus molekul air yang diminum adalah lebih baik kerana kadar penyerapannya yang tinggi.

Bila tubuh kekurangan air, ia akan memberi isyarat kepada kita dengan merasa haus, badan menjadi panas, perut rasa panas, muka merah, urin bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan, sakit dada, sakit sendi, sakit kepala dan sakit pinggang. Kadang-kadang bila tidur ia bermimpi sungai dan laut.

Akibat daripada kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan:

  • asma pada kanak-kanak,
  • kerosakan genetik,
  • elergi,
  • sembelit,
  • hipertensi,
  • penyakit autoimun dan
  • kanser.

Tanda-tanda lain yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan kekurangan air:

  • rasa letih,
  • cepat marah,
  • cemas,
  • tidak sabar.

RAWATAN PENYAKIT PANAS

Gejala panas yang berlaku dalam tubuh adalah disebabkan oleh:
  • kekurangan air,
  • pengambilan ubatan kimia sintetik (seperti antasid)

Bila badan panas, suhu yang tinggi akan memberi kesan kepada saraf dan hormon seperti susah tidur (insomnia) dan gangguan peredaran haid pada wanita. Nadi akan berdenyut laju melebihi 80 detik/minit. Kepanasan ini akan menggangu kilang saraf (medula) di bahagian otak.

Untuk merawat masalah penyakit panas; unsur panas yang berlebihan perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan membanyakkan minum air. Seeloknya air tersebut dimasukkan sedikit garam bukit untuk memudahkan penyerapan. Sekiranya berlaku keadaan panas yang melampau; terutamanya pesakit muntah bila minum atau makan, selaput putih yang ada di atas lidah semakin menebal, maka pesakit hendaklah diberikan air rosel atau air asam jawa secara berdikit2 tetapi kerap.

Umumnya dalam perawatan alternatif dan komplimentari yang menggunakan herba, penyakit panas ini dirawat dengan menggunakan herba yang berunsur sejuk. Penyakit sejuk pula dirawat dengan herba yang berunsur panas.

Seseorang yang berpenyakit panas seperti hipertensi, air kencingnya sedikit dan gelap. Penyakit-penyakit panas yang disebabkan oleh keracunan tinggi seperti kanser, rambut menjadi pecah atau gugur.

Kaedah lain yang berkesan untuk mengeluarkan panas dari badan adalah:

Air bermalam

Air bermalam adalah air yang telah diembunkan semalaman. Tujuan ia diembunkan ialah untuk mendapatkan "suhu malam" yang boleh membantu menurunkan kepanasan badan.

Jaram

Herba yang selalu digunakan ialah daun kaca piring atau bunga cina. Herba ini diramas-ramas untuk keluarkan lendirnya (musilage) yang bersifar sejuk (emolian). Elok juga diembunkan di dalam bekas yang diletakkan besi untuk menarik "suhu malam" ke dalam air jaraman tadi.




Batu kapur

Serbuk batu kapur dimasukkan ke dalam air dan disapukan di sepanjang tulang belakang dengan cara menepuk-nepuk

Produk HPA

Panas akan keluar daripada tubuh melalui urin, buang air besar dan perpeluhan. Herba yang sesuai untuk tujuan ini adalah MALAC, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN.




PENYAKIT SEJUK

Matlamat pengubatan adalah kesembuhan serta keampunan dari ALLAH SWT. Seorang herbalis adalah umpama penunjuk arah kepada satu perjalanan. Perawat hendaklah membawa perhatian pesakit kepada keampunan dan keredaan ALLAH kerana kesembuhan itu ada 2 iaitu kesembuhan zahir dan kesembuhan roh.

Herba disamping mempunyai sifat sejuk, panas, kering dan lembab; ia juga mempunyai rasa yang berbeza. Rasa herba ialah pahit, pedas, manis, masam, masin dan tanpa rasa.

  • Rasa pahit ialah menghilangkan panas dan lembab (UNSUR ANGIN),
  • Rasa pedas menandakan herba tersebut boleh bersifat merangsangkan,
  • Rasa manis pula mempunyai sifat menyejukkan dan menguatkan,
  • Rasa masam sebagai pengelat dan pengawit,
  • Rasa masin sebagai melembut dan melawaskan; dan
  • Tanpa rasa pula bersifat diuretik.
TANDA-TANDA PENYAKIT SEJUK
  • Badan terasa sejuk terutama di bahagian pinggang ke bawah. Ini menandakan lemahnya peredaran darah di kaki; ditandai dengan denyutan nadi di bawah 70 kali/minit,
  • Keinginan untuk tidur,
  • Muka pucat,
  • Demam sejuk,
  • Air kencing banyak dan jernih,
  • Sejuk kaki selepas kencing - ada kaitan dengan masalah ginjal,
  • Penghadaman yang lemah dan kurang selera makan,
  • Tidak rasa dahaga,
  • Mengidam minuman panas,
  • Keinginan kepada panas kerana kekurangan nutrisi dan mineral dalam tubuh yang boleh meningkatkan metabolisma tubuh.
Herba-herba yang boleh membantu merawat penyakit sejuk ini adalah seperti herba dari unsur API (panas dan kering) dan herba unsur ANGIN (panas dan lembab). Secara umumnya penyakit sejuk ini disebabkan kekurangan unsur API dan kekurangan mineral dan vitamin dalam tubuh.

Di antara herba yang tergolong dalam unsur API ialah habbatusaudak. Selalunya herba ini berwarna hitam seperti kesan terbakar oleh api. Herba aromatik; iaitu herba yang mengandungi minyak meruap juga termasuk dalam kategori herba unsur API. Sementara MADU dan SPIRULINA merupakan herba-herba yang mengandungi banyak mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang sejuk.

Sumber: http://hamba66-ramly.blogspot.com/

Monday, April 5, 2010

Manfaat Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Inuits, satu kaum Eskimo di Greenland, mempunyai 42 perkataan untuk salji tetapi tidak mempunyai satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengikut Dr. Caroline Shreeve, kaum Inuit jarang mendapat mana-mana jenis penyakit jantung. Sebabnya, makanan utama mereka adalah lemak dan daging singa laut dam ikan air sejuk.

Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:
Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif.
Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan. Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar).
 
 
Omega-3 HPA
 
Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA dapat mencegah :


1. Kanser
2. Trombosit (pembekuan darah)
3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)
4. Kadar kolestrol yang berlebihan
5. Plasma lipid yang berlebihan
6. Penyakit jantung
7. Stress yang berlebihan
8. Tekanan darah tinggi

DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega3 Softgel adalah :

1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)
2. Mencegah asma
3. Meningkatkan daya seks kesuburan
4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
5. Mencegah penyakit kulit
6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

Komposisi (35 biji per botol) :
Setiap softgel 500mg mengandungi 18%EPA dan 12%DHA

Dos :
Amalkan 2 softgel pagi, 2 waktu tengahari dan 2 waktu malam.
Komposisi (35 biji per botol) :

Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

Komposisi (60 biji per botol):

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36

Harga Pengedar HPA

Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

Wednesday, March 3, 2010

RAMUAN ROKOK




Prof. Dzulkifli Abdul RazakPusat Racun Negara, USM

SEJAK kebelakangan ini, banyak perkara baru yang timbul yang mengaitkan secara langsung kedudukan syarikat-syarikat tembakau khususnya di Amerika Syarikat dalam mengendalikan perniagaan mereka.

Malah pada lewat bulan Mac yang lalu, salah sebuah daripada syarikat tersebut, Liggett Group Incorporated, telah membuat pengakuan tentang beberapa hal apabila ia bersetuju untuk menyerahkan di antara lain dokumen-dokumen syarikat untuk diteliti oleh peguam-peguam anti-merokok.

Dokumen-dokumen ini adalah penting sekali kerana ianya dianggap sulit dan dirahsiakan oleh syarikat tersebut buat hampir 30 tahun lamanya.

Namun demikian, isi kandungannya masih berguna kepada pihak yang ingin tahu tentang muslihat perniagaan rokok di dunia antarabangsa.

Pengakuan yang dibuat oleh syarikat Liggett sekali gus membuktikan bahawa dunia perniagaan rokok secara amnya telah menyorokkan beberapa fakta kesihatan yang penting untuk pengetahuan umum, khususnya perokok.

Dengan adanya pengakuan seumpama ini, satu perspektif baru dapat dibentuk dalam usaha kita untuk membasmi tabiat merokok di kalangan masyarakat amnya dan remaja kita khasnya.

Berikut adalah di anatara pengakuan yang dapat dipetik daripada dokumen-dokumen yang diserahkan oleh syarikat Liggett kepada pihak-pihak yang berkuasa di Amerika Syarikat.

Muslihat 1: Nikotin dalam tembakau adalah sejenis dadah:

Buat beberapa lama, perkara ini telah disyaki dan turut dibuktikan secara saintifik yang bahan nikotin terkandung di dalam tembakau terdiri daripada sejenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan.
Walaupun demikian, hakikat ini tidak langsung mendapat pengiktirafan daripada syarikat rokok yang terus mempertahankan bahawa nikotin itu tidak mendatangkan ketagihan.
Malah syarikat-syarikat rokok tersekongkol dalam menafikan perkara ini baik kepada pihak Kongres Amerika Syarikat sekalipun.
Kini jelas terbukti daripada dokumen-dokumen syarikat tersebut bahawa ia telah pun mengenal pasti bahawa nikotin itu sebenarnya dadah yang boleh mendatangkan ketagihan.
Tetapi ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
Dengan kata lain, syarikat-syarikat rokok telah memperdayakan orang ramai dalam hal yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Lantas kini, ramai warganegara Amerika Syarikat termasuk lebih daripada 25 kerajaan negeri Amerika Syarikat kini sedang dalam proses untuk menyaman syarikat-syarikat tersebut.

Muslihat 2: Rokok mengandungi racun makhluk perosak:

Satu lagi perkara yang jelas mengenai dokumen berkenaan adalah daripada segi aspek keselamatan bahan-bahan tembakau yang pernah digunakan. Ini terbukti daripada pengakuan yang menunjukkan bahawa tembakau rokok ada dicemari dengan bahan makhluk perosak seperti DDT, Malathion, Aldrin, Chemphechlor di antara lainnya.
Dokumen dari syarikat Liggett juga mengakui bahawa bahan ini adalah "amat berbahaya". Selaras dengan tindakan yang diambil oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat untuk mengharamkan jenis-jenis racun makhluk perosak yang sama.
Sekali lagi fakta ini tidak dinyatakan secara terperinci kepada orang ramai khususnya pengguna bahan tembakau, demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Malah tembakau yang mengandungi bahan-bahan tersebut terus dijual kepada masyarakat umum.
Muslihat 3: Tembakau mendatangkan berbagai penyakit:

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tembakau melalui tabiat merokok boleh mendatangkan berbagai kemudaratan kesihatan seperti sakit jantung, kanser, lelah dan sebagainya.
Lagi sekali perkara ini sememangnya diketahui oleh syarikat tembakau melalui penyelidikan yang mereka lakukan. Dokuken-dokumen berkaitan dengan hal ini juga telah diperolehi melalui pengakuan syarikat Liggett.
Namun begitu, syarikat-syarikat tembakau sentiasa mempertahankan barangan dagangan mereka seolah-olah kemudaratan kesihatan yang berkaitan dengannya adalah satu perkara yang kecil.
Lantas tidak ada mana-mana syarikat rokok yang secara sukarela menyatakan gejala-gejala buruk merokok baik secara umum apa lagi secara terperinci selagi tidak dipaksa oleh perundangan. Oleh itu keadaannya lebih buruk apabila tidak wujud undang-undang kawalan tembakau yang ketat.
Bukti-bukti tentang penyakit akibat merokok itu telah mengalakkan ramai perokok menyaman syarikat-syarikat tembakau.
Dijangkakan dalam masa 2 tahun ini, lebih banyak kes akan dibicarakan berbanding dengan 40 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa para pengguna umumnya dan para perokok amnya rasa tertipu dengan dakyah yang disebarkan melalui iklan-iklan rokok di merata tempat.

Muslihat 4: Remaja menjadi sasaran pemasaran rokok:

Dengan bertambahnya pasaran rokok khasnya di negara membangun, lebih ramai para remaja kini terlibat dengan tabiat merokok. Walaupun selama ini disyaki beberapa strategi telah digunakan untuk menarik langganan remaja, hal ini terus terbukti melalui catatan-catatan yang terdapat dalam dokumen-dokumen syarikat tembakau.
Salah satu daripada dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa ada rancangan yang digubal oleh syarikat rokok untuk disasarkan kepada remaja berumur 16 tahun.
Syarikat rokok mengakui bahawa pada peringkat umur seperti ini, mereka lebih mudah dipengaruhi dengan berbagai daya tarikan yang mendorong mereka merokok.
Syarikat-syarikat rokok juga faham bahawa tabiat yang dipupuk pada peringkat remaja akan berpanjangan sehingga umur mereka lebih lanjut.
Tambahan pula nikotin dalam rokok akan menentukan bahawa mereka apabila mula merokok akan terus bergantung dengannya. Ini sekali gus menjamin pasaran rokok yang bukan sahaja stabil tetapi terus berkembang dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, tidak syak lagi yang kalangan remaja dijadikan mangsa dan bilangan ini terus meningkat tahun demi tahun.

Muslihat 5: Promosi merokok berasaskan perkauman:

Ini merupakan satu lagi aspek yang amat memeranjatkan yang selama ini tidak diketahui umum.
Dokumen-dokumen yang diperolehi juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat rokok mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memasarkan rokok.
Mereka dengan bukan sahaja peringkat umur, aspek jantina, tetapi juga disalurkan secara halus khasnya kepada kaum-kaum tertentu seperti orang-orang keturunan Afrika, Hispanik (Selanyol) mahupun keturunan Yahudi yang terdapat di Amerika Syarikat.
Ini adalah dengan tujuan mendapatkan pasaran yang lebih menyeluruh di kalangan semua kaum. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa syarikat tembakau pada amnya tidak menghiraukan sama sekali kedudukan sesuatu bangsa itu asalkan sahaja pasaran rokok dapat dilariskan.

Artikel daripada: http://www.prn2.usm.my

Sunday, April 12, 2009

PEROKOK TEGAR AWAS DIKAU


Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa,


ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)


Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
- Amalkan produk berasaskan herba seperti Herba Penawar Al-Wahida (HPA) seperti:

1) Kopi Radix - disinergikan dengan 7 herba
2) Kapsul IMT
3) Teh Herba
4) Portulaca (Kapsul/Jeruk) - Radang paru-paru