Photobucket

Monday, June 21, 2010

DARAH TINGGI & RAWATAN HERBA

PENGENALAN

Darah tinggi dikenali sebagai “Pembunuh Senyap” yang biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, menyebabkan seseorang itu jatuh dan tidak sedarkan diri. Hasil pemeriksaan menunjukkan berlakunya pendarahan di dalam otak yang dikenali sebagai cerebro vascular accident (CVO) akibat dari tekanan yang kuat dan terjadinya kematian serta merta.
Statistik masa kini menunjukkan, dalam masa 1 jam berlaku serangan darah tinggi kepada 1 dalam setiap 6 orang. Selepas 1 jam berlakunya serangan, 90% meninggal dunia manakala 10% lagi hidup dalam keadaan terlantar.

DARAH TINGGI

Darah tinggi ialah tekanan yang dikenakan pada pembuluh arteri semasa darah mengalir keseluruh tubuh. Kadar tekanan darah yang optimum/normal adalah 120/80 mm Hg (sistolik/diastolik), dan apabila tekanan tersebut melebihi tekanan darah optimum ia boleh mengakibatkan ‘stroke’, sakit jantung, masalah di buah pinggang dan ada hubungan dengan penyakit kencing manis.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah yang menunjukkan di atas 140/90 mmHg (milimeter raksa). Cenderung diturunkan dalam keluarga dan lebih banyak terjadi pada orang tua. Keadaan ini tidak boleh disembuhkan mengikut perubatan moden tetapi boleh disembuhkan dengan perubatan herba.

PUNCA BERLAKU

Punca berlakunya tekanan darah tinggi; mengikut kaedah perubatan alopati masih dalam kajian dan 90% penyebabnya tidak diketahui tetapi kematian terus berlaku. Adalah sesuatu yang pelik dengan kecanggihan alatan perubatan dan ilmu perubatan yang semakin berkembang; mereka boleh mengatakan "tidak tahu puncanya penyakit tekanan darah tinggi".
Tanda-tanda teruk
  • Stroke
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan ginjal

UBATAN KIMIA

Berbagai ubatan kimia yang telah berada di pasaran merupakan pilihan utama dalam perawatan alopati. Kesan sampingan daripada pengubatan kimia juga tidak boleh dielakkan akibat daripada penggunaan bahan kimia secara berterusan.
Salah satu jenis ubatan untuk darah tinggi ialah dari jenis beta-blokers. Ubatan ini memberikan kesan sampingan seperti ‘dizziness’, penurunan rangsangan seks, sukar tidur atau terlalu mengantuk, ‘fatigue’, sejuk kaki dan tangan, jantung menjadi terlalu perlahan, ‘edema’, masalah pernafasan dan kemurungan.

PERUBATAN JAWI

Di sini HPA menawarkan satu alternatif pengubatan herba selari dengan slogan ‘Back to nature’ yang telah menular di seluruh dunia. Alhamdulillah, HPA telah menerokai bidang perubatan herba ini sejak 20 tahun yang lalu dan dalam tempoh masa tersebut banyak pengalaman yang telah dipelajari secara praktikal.
KEMBALI KEPADA ALAMIAH
Negara memiliki kekayaan hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan tumbuhan ubatan. Ubatan herba telah diamalkan sepenuhnya sebelum kedatangan ubatan moden di pasaran. Keupayaan ubatan herba juga tidak boleh diperkecilkan apabila kajian-kajian ke atas tongkat ali dan pegaga yang dibuat di universiti-universiti tempatan membuktikan tanggapan pengamal herba masa dahulu memang benar berlaku. Adalah tidak logik hanya dengan 2 jenis herba ini sahaja yang boleh dijadikan ubatan yang berkesan.
HERBA-HERBA TEMPATAN
Terdapat beberapa jenis herba yang digunakan oleh masyarakat hari ini sebagai ubatan darah tinggi iaitu:-
  • Hempedu bumi (Andrographis paniculata)
  • Tongkat ali (Eurycoma longifolia)
  • Mengkudu (Morinda citrifolia)
  • Misai kucing (Orthosiphon stamineus)
  • Dukung anak (Phyllanthus niruri)
  • Sireh (Piper betle L.)
  • Daun senduk (Plantago major)
  • Lidah buaya (Aloe vera linn.
Ada beberapa jenis herba yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah tinggi yang cepat. Pengambilannya mestilah dalam kuantiti yang sangat sedikit dan perlu kepada sinergi yang tepat;
  • Daun atau akar cermai
  • Daun pokok melaka
Ada juga herba yang menyebabkan berlakunya peningkatan pada tekanan darah terutamnya pada mereka yang sudah mengalami darah tinggi seperti:
  • Daun cekor manis
  • Rebung
  • Ubi kayu
  • Buah sukun
  • Nangka
  • Buah kuinin
  • Tembikai,
  • Mangga
Dalam ubi kayu terdapat satu bahan bernama Sianida yang boleh mempengaruhi fungsi kelenjar ‘thyroid’. Hipotiroid dan Hipertiroid juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Orang yang ada masalah ‘thyroid’ dan darah tinggi akan menunjukkan peningkatan tekanan darah apabila mengambil ubi kayu atau daun ubi kayu. Rawatan untuk masalah ini dengan menggunakan ‘Aloe vera’ yang mana bahan yang terdapat di dalamnya dikenali sebagai polisakarida.
HERBA PAHIT
Dalam masyarakat Melayu, herba-herba pahit sering digunakan secara sinergi dengan pelbagai jenis herba lain bagi mengimbangi kekuatan sesuatu herba dan mengelakkan kesan sampingan.
Pengambilan herba pahit secara tunggal akan menyebabkan:
  • pengeringan cairan di sendi-sendi
  • lemah tenaga lelaki ‘impotensi’

HERBA DIURETIK
Herba-herba ‘monocot’ iaitu urat daun yang selari, akar berambut dan mempunyai ruas pada batang mempunyai kesan diuretik iaitu memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Herba-herba diuretik juga bersifat anti-hipertensi (menurunkan tekanan darah tinggi) dan anti-piretik (menurunkan panas badan). Akar atau bulu jagung, daun pandan, air kelapa, akar buluh, lalang, barli dan air beras juga boleh digunakan bagi membantu penurunan darah tinggi.
MALAC adalah produk yang terdiri daripada beberapa herba yang memberikan kesan diuretik. Pengambilannya akan menyebabkan berlakunya pengeluaran urin yang banyak dan tekanan darah akan turut turun. Tindakan herba ini sangat berkesan pada masalah penyempitan saluran darah terutama di buah pinggang yang merupakan salah satu penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi.
MASALAH TIDUR
Kesukaran untuk mendapatkan tidur yang berkualiti (deep sleeping) juga boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Hormon yang mempengaruhi tidur (hormon melatonin), ia dirembeskan pada awal malam oleh kelenjar ‘pineal gland’. Pada 2/3 malam yang akhir, hormon ini mula berkurangan dan jika seseorang membiasakan tidur lewat ia mungkin mudah terkena serangan darah tinggi.
Elakkan daripada mengambil minuman yang menyebabkan sukar tidur pada waktu malam seperti kopi biasa, alkohol. Kesukaran tidur menandakan keadaan suhu badan yang tinggi dan akan menyebabkan berlakunya ‘imbalance hormone’ di dalam tubuh. Penyumbang utamanya ialah akibat pengamalan sesuatu jenis ubatan kimia.
Keadaan tidur yang sering terganggu dikenali dengan ‘sleep apnea’ di mana nafas terhenti sepuluh detik diikuti dengan terkejut dan batuk. Sleep Apnea mungkin berpunca daripada tekanan emosi, kelebihan tidur dan kemurungan.
MASALAH SEMBELIT
Pastikan pesakit darah tinggi tidak menghadapi masalah sembelit kerana kesumbatan usus besar akan menambahkan tekanan pada jantung yang mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi berterusan. Pelbagai herba ‘laxative’ atau pelawas boleh digunakan tetapi yang terbaik diambil adalah dari jenis buah.
BUAH MENGKUDU
Dalam doktrin herba, buah digunakan paling baik untuk bahagian kepala iaitu sistem hormon dalam tubuh dan sistem pencernaan. Buah mengkudu mempunyai keupayaan untuk merangsang pengeluaran hormon melatonin yang dapat memperbaiki tidur dan mengandungi enzim untuk pencernaan yang baik.
Sebaik-baik kapsul MENGKUDU dibuka dan dicampur dengan air mineral selama 30 minit sebelum diminum. Dos yang dicadangkan ialah 2 kapsul bersama segelas air mineral pagi dan juga malam. Elakkan dari tidur lewat dan amalkan untuk bangun mengerjakan tahajud bagi mendapatkan hormon sakinah.
AIR MINERAL HPA
Banyak air mineral yang berada di pasaran sangat kurang mineralnya terutama kalsium dan magnesium. Dua mineral ini penting untuk perawatan darah tinggi. Ujian lampu dapat membezakan kandungan mineral di dalam air mineral. Jangan rendam kapsul MENGKUDU dalam air panas kerana ia akan mematikan enzim buah tersebut.
KERACUNAN LOGAM BERAT
Masyarakat melayu menggunakan kaedah nyahtoksid logam berat dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan tanah liat. Chelation Therapy untuk singkir logam berat dari otak dan tubuh badan.
Penggunaan kaedah ‘drip’ langsung ke saluran darah pesakit mendatangkan kesan positif kepada pesakit darah tinggi. Produk D’DET yang dihasilkan daripada 28 jenis herba pahit termasuk spirulina, hempedu bumi, sireh dll mempunyai ciri ‘chelation therapy’. Dos yang dicadangkan seperti pada botol tetapi dos yang tepat bergantung kepada tindakbalas tubuh dan tahap tubuh pesakit
setelah didiagnos oleh herbalis.

PIL PERANCANG
Banyak daripada jenis ubat perancang keluarga yang menjadi penyebab berlakunya darah tinggi. Merancang keluarga bukanlah sesuatu yang sihat dalam agama dan kesihatan tubuh badan kecuali dalam kes-kes tertentu.
Terdapat beberapa kaedah dan herba yang dapat membantu ibi-ibu daripada menghadapi tempoh mengandung yang terdekat.
  • penyusuan penuh selama 2 tahun boleh melewatkan hamil.
  • mengelakkan bersama selama 1 minggu ketika tahap kesuburan tinggi iaitu 2 minggu bermula dari kedatangan haid.
  • mengurangi makanan yang panas seperti daging dan rempah.
Penyakit darah tinggi boleh berlaku sewaktu mengandung. Ini ada hubungkait dengan masalah kekurangan kalsium dan magnesium. Kalsium tidak boleh berfungsi tanpa magnesium dan vitamin D. Vitamin D boleh didapati dari sumber seperti daging dan organ dalaman haiwan. Ia boleh juga didapati melalui cahaya matahari.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan yang diawet menjadi penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi. Makanan-makanan itu seperti ikan masin, telur masin, kicap, makanan yang mengandungi MSG, natrium benzoate, 'baking soda' dan lain-lain.
RAWATAN BEKAM ALHIJAMAH
Titik bekam yang tepat dapat melepaskan tekanan darah yang sedang memuncak dengan cepat.
RUMUSAN
Dalam menangani masalah penyakit "Pembunuh Senyap" ini; tumpuan perawatan kepada punca masalah mestilah diutamakan seperti perawatan kepada darah, usus dan ginjal. Kebiasaannya darah orang menghidap penyakit darah tinggi adalah pekat berdasarkan pengalaman berbekam. Oleh sebab itu, kepekatan itu boleh dikurangkan dengan pengambilan O-mega-3. Masalah usus juga sering menyerang pesakit darah tinggi yang mengalami sembelit. Ianya di atasi dengan menggunakan Spirulina. Selain dari itu, herba-herba yang digunakan adalah seperti berikut Malac, D'Deu dan Vitex.

Sumber: http://hamba66-ramly.blogspot.com/