7 variasi manusia dalam menuntut ilmu.
- Orang yang menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata mata.Dia seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Mabuk ilmu hingga yang ada tidak mahu kahwin kahwin, kerana katanya belum puas belajar. Ini adalah golongan yang mabuk ilmu.
- Orang yang mencari ilmu kerana bercita hendak dapat jawatan tinggi saperti mufti dan bergaji besar. Dengan ilmu juga dia boleh berniaga dan jadi kaya dan mendapat banyak harta. Ini lah golongan yang menggunakan ilmu untuk meraih kekayaan.
- Ada orang mencari ilmu kerana bercita cita menjadi pemimpin. Seorang yang jadi pemimpin mesti berilmu. Ini adalah golongan yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.
- Ada juga orang yang mencari ilmu kerana hendak kan glamour. Agar orang kata dia intelek. Inilah golongan ahli ilmu yang tujuan nya hendak dapat nama.
- Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada kejahilan dan kebodohan. Agar dia tidak di pandang hina. Inilah golongan yang mendapatkan ilmu supaya diri tidak terhina.
- Ada orang menuntut ilmu kerana ingin membangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa dan negara. Agar jangan bangsa nya mundur dan terhina. Ini lah golongan ilmuan yang berfahaman nasionalisme.
- Ada orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah. Juga dengan tujuan agar dapat amal ilmu supaya boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan Islam dalam berbagai bagai aspek saperti ekonomi, pertanian, bangunan, sekolah, jalan raya, pembangunan insan dan lain lain. Ini adalah dengan tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat, membesarkan syiar Islam dan mendaulatkan hukum hukum Tuhan. Ini lah dia golongan ilmuan yang bertaqwa.