Wednesday, January 5, 2011

Salam Tahun Baru 2011 dari GM

Salam
GM mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat memasuki tahun 2011 dengan harapan kita akan lebih baik dari sebelumnya. Insyallah tahun 2011 ini kita akan membuat beberapa pembaharuan seperti berikut;
1. Penajaan semula akan di benarkan kepada pengedar yang tidak melakukan maintain bersyarat 50NM selama tempoh setahun(12 bulan). Ini bermakna sekiranya sesaorang yang ingin di taja harus dipastikan ia tidak melakukan aktiviti minima maintain 50NM dan tidak mengambil kira tahun bila ia menjadi pengedar HPA. Ini juga termasuk membolehkan mereka yang melakukan pembelian di bawah 50NM boleh di taja semula.
2. Program perlatihan Pelapis akan di buat di setiap zon selewatnya bulan April 2011 dan diminta semua Presiden Pelapis menghubungi En Kamal untuk menentukan tarikh perlatihan.
3. Semua program PBC akan di teruskan dan disusun oleh PJS mengikut zon masing masing. PBC Mega di sarankan minima tiga bulan sekali di setiap zon.
4. Semua agen stok akan mulai menggunakan sistem pengurusan online selewat-lewatnya Jun 2011 bagi memudahkan penghantaran dan kawalan data oleh pihak MIS.
5. PJS Malaysia dan Indonesia akan memulakan program Motivasi Silang dalam program yang dianjurkan oleh AWM dan AWMIT khusus dalam pembentukan dan pembangunan program kepimpinan.
Sekian. Wasallam