Friday, November 12, 2010
HERBA TUJU ANGIN
Ramuan utama Herba Tuju Angin ialah dari pokok Teja Lawang (Cinn...amomuminers) yang mengandungi minyak meruap (minyak asiri). Herba Teja Lawang tergolong dalam famili yang serupa dengan pokok Kayu Manis. Hal ini dengan mudah dibuktikan dengan mematahkan kulit Kayu Manis maka akan didapati bahan yang sama dengan Teja Lawang, Cuma baunya berlainan.
Herba lain yang digunakan dalam ramuan Herba Tuju Angin adalah Mengkudu Hutan, Cemamar, Tebu Gajah dan Larak. Sinergi dari herba-herba tersebut sangat berguna bagi kesihatan tubuh serta menjadi penawar mujarab yang dapat merawat berbagai penyakit.
TEJA LAWANG
Herba Teja Lawang terdapat di kawasan hutan Perlis dan Kedah, selain itu juga terdapat di beberapa kawasan hutan Thailand dan Indonesia. Bahagian tumbuhan yang digunakan sebagai ubat adalah terasnya yang telah berumur lebih dari 100 tahun.
Teras Teja Lawang mengandungi minyak meruap (minyak asiri) yang sangat berguna untuk memperbaiki sistem pencernaan yang menimbulkan masalah angin dan seringkali menimbulkan rasa sakit seperti nyeri pada sendi, pening kepala, terasa malas makan serta gangguan pada pernafasan. Teja Lawang juga mengandungi unsur kardiotonik yang jika disinergikan dengan herba lain mampu berfungsi sebagai penguat jantung. Oleh itu Herba Tuju Angin amat baik diberikan kepada penderita lemah jantung.
MANFAAT HERBA TUJU ANGIN
Setelah makan Herba Tuju Angin, biasanya akan keluar peluh, hal ini disebabkan oleh kandungan karminatif yang terdapat di dalam herba tersebut. Peluh akan keluar semakin banyak sekiranya dimakan oleh orang yang biasa merokok. Proses keluarnya peluh itu adalah satu proses detoksifikasi yang dilakukan oleh herba berkenaan.
Herba Tuju Angin sesuai digunakan oleh semua golongan termasuk kanak-kanak dan wanita yang hamil. Bagi anak-anak sebaiknya penggunaan Herba Tuju Angin dicampurkan dengan air panas. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, pengambilan Herba Tuju Angin seeloknya disinergikan dengan herba lain dan hendaklah dilakukan 30 minit sebelum makan dengan dosnya mengikut kadar berat badan.
Herba Tuju Angin juga berfungsi sebagai pelawas serta mempercepatkan penyembuhan luka ringan pada dinding usus. Herba ini akan memberikan reaksi yang cukup cepat jika dibandingkan dengan herba lain. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh kurang dari 7 hari.
Herba Tuju Angin juga diyakini berkhasiat dapat merawat beberapa penyakit seperti berikut:
1-Angin duduk – cepat penat, perut terasa mual
2-Angin darah – cepat marah, emosi
3-Angin sendi – badan terasa sakit, kesemutan pada kaki dan tangan
4-Migren – sakit kepala sebelah, pening secara mendadak
5-Perut kembung
6-Reumatik
7-Sakit pada persendian
By: Herbalis Ramly..