Photobucket

Tuesday, November 9, 2010

GELATIN HALAL CUMA 1% DI DUNIA?

Adakah anda yakin dengan kehalalan produk yang menggunakan gelatin hari ini?

Seminar yang berlangsung malam tadi di HPAic amat membuka mata para hadirin mengenai isu gelatin sama ada halal dan haram. Umat Islam perlu peka mengenai isu ini kerana gelatin digunakan secara menyeluruh di dalam banyak industri. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada seminar yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Halagel, En. Mohamad Yakob Munshi Deen.
Apa itu gelatin?
  • Gelatin adalah protin tulen yang didapati dari proses hidrolisis kulit atau tulang haiwan.
  • Gelatin dikategorikan sebagai aditif (additive) makanan dan menggunakan E-number E441.
Jenis gelatin.
  1. Gelatin Jenis A diproses menggunakan asid di mana biasanya adalah dari sumber kulit babi.
  2. Gelatin Jenis B pula diproses menggunakan alkali atau air kapur. Sumber-sumber untuk pemprosesan gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit-kulit haiwan bovin seperti lembu, kambing dan kerbau.
Struktur gelatin.
  • Gelatin mengandungi 18 jenis asid amino dengan kepekatan yang berbeza. Ia membentuk rangkaian polypeptide. 9 daripada asid amino tersebut adalah yang diperlukan oleh badan manusia.
  • Seluruh struktur molekul gelatin adalah berbentuk rod yang mengandungi struktur primer, sekunder dan tertiari.
Kandungan dan kelebihan gelatin
  • Mengandungi 84-90% protin
  • Mengandungi 1-2% garam mineral
  • Selebihnya adalah air
  • Tiada kolesterol
  • Tidak mengandungi pengawet atau aditif
  • Berbanding dengan agar-agar, gum arabic, locust gum yang mengandungi karbohidrat
Mengapa gelatin sangat penting?
  • Penggunaan gelatin telah bermula sejak beratu-ratus tahun dahulu di negara-negara Eropah
  • Penggunaannya yang pelbagi dalam industri makanan, kosmetik, produk kesihatan dan perubatan
  • Ia adalah produk yang semulajadi dan menyihatkan. mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol.
  • Banyak penyelidikan telah membuktikan gelatin dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tulang dan sendi.
Fungsi dan kegunaan gelatin adalah sangat unik (dalam industri makanan)
  • Penebal (Thickener)
  • Pelekat (Plasticizer)
  • Pengemulsi (Emulsifier)
  • Ejen Pembuih (Foaming agent)
  • Penahan Lembapan (Moisture retention) – digunakan dalam ais krim
  • Pembaik tekstur (Improve texture) – digunakan dalam kosmetik
  • Ejen pengikat (Binding agent) – softgel, kapsul, tablet
Nama-nama yang digunakan pada label produk
  • Gelatin
  • Gelatin Halal
  • Bovin Gelatin
  • Gum Base
  • Pengemulsi/Emulsifier
  • Penstabil/Stabilizer
Gred-gred gelatin
  • Food/Edible Grade
    • Coarse Powder
    • Leaf Gelatin – hotel-hotel besar suka menggunakannya, berwarna putih dan cantik, sumber dari babi
    • Gelatin Hydrolisate
  • Pharmaceutical Grade – kapsul, softgel, tablet, sirap batuk
  • Technical Grade
Gelatin dalam kehidupan harian anda
  1. Industri makanan
    • Jelly Desserts
    • Gummy Jelly
    • Chocolate
    • Ice-Cream
    • Marshmallow
    • Soft Candy
    • Toffees, chewing gum
    • Yogurt, keju, butter
    • Produk daging
    • Makanan haiwan (pet food)
  2. Industri Farmaseutikal
    • Hard Capsules
    • Soft Capsules
    • Sugar-coated pills
    • Tablets
    • Serum substitute
    • Injection etc.
  3. Industri Fotografi
    • Photo-film
    • Printing paper
    • X-ray Film
    • Photogravure Printing
  4. Industri Kosmetik & Toileteries
    • Produk penjagaan rambut
    • Produk penjagaan kulit
    • Pengilat kulit
    • Losyen dan produk kecantikan
    • Ubat gigi
  5. Industri Teknikal
    • Paper manufacturing
    • Box making
    • Paper for fingerprinting
    • Match industry (mancis)
  6. Industri Sukan dan Kesihatan
    • Paintball
    • Makanan sukan untuk para atlit seperti cereal bars, protein bars, minuman kesihatan

Akan Tetapi Adakah Produk-Produk Ini Halal?

Firman Allah SWT
“Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaita; sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah ayat 168)

Pengeluaran Gelatin
Pengeluaran gelatin seluruh dunia
Pengeluaran gelatin berdasarkan kawasan
Pengeluar Gelatin Dunia
Gelita Australia Pty Ltd, Australia & New Zealand
Geltech Co. Ltd, Korea
INdia Gelatine & Chemicals Ltd, India
Jellice Co. Ltd, Japan
Kerala Chemical and Proteins Ltd, India
Narmada Gelatines Ltd, India
Nippi Gelatin Division, Japan
Nitta Rousselot (Guangdong) Gelatin Co. Ltd, PR China
Sam Mi Industrial Co, South Korea
PB Gelatins
Rousselot Group
Gelita Group, UK, USA
Sumber gelatin
Sumber-sumber gelatin
Sumber-sumber gelatin
  • 80% daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah dari kulit babi
  • 15% darikulit haiwan bovin seperti kerbau dan lembu
  • 5% dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir/babi, ikan dan poultry
Proses Pengeluaran
Proses  pengeluaran gelatin
Proses pengeluaran gelatin
Sumber: Eastman Gelatine Corporation
Secara asasnya proses pengeluaran gelatin terdiri dari 7 langkah iaitu: demineralization, pretreatment, washing, extraction, purification, drying dan akhir sekali sieving/blending.
Penentu Status Halal Gelatin
  • Sumber – haiwan halal atau haram dimakan, cara sembelihan
  • Proses pengeluaran – percampuran dengan sumber atau gelatin tidak halal
  • Kebersihan keseluruhan
Beberapa konsep gelatin
  • Konsep pertama: Kilang tersebut mengeluarkan gelatin dari sumber haram tetapi memakai hukum seperti anggur yang mana bila diperam menjadi arak (wine) tetapi diperam lama lagi ianya menjadi cuka. Tetapi tidak boleh digunapakai untuk gelatin babi atau lembu tidak disembelih mengikut syarak.
  • Konsep kedua: Kilang buat gelatin dari sumber bovine tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
  • Konsep ketiga: Kilang tersebut buat gelatin dari sumber bovine dan sembelih mengikut syarak tetapi bercampur dengan yang haram. Contoh kilang di New Zaland, Eropah dan China.
  • Konsep keempat: Kilang buat gelatin dari sumber halal dan disembelih dengan mengikut syarak tanpa bercampur dengan yang haram.
Konsep gelatin halal dari perspektif Halagel
  • Kilang gelatin haruslah berada di sebuah negara atau wilayah Islam.
  • Diurus dan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian oleh orang Islam.
  • Mestilah dari seumber yang 100% halal iaitu haiwan yang disembelih mengikut Syariat Islam.
  • Kilang tersebut mestilah mengeluarkan gelatin HALAL sahaja.
Masalah pengeluaran gelatin
  1. Nisbah keluaran gelatin rendah
    • Untuk mengeluarkan 1500 metrik tan gelatin setahun perlukan sebanyak 15,000 metrik tan tulang-tulang.
    • Seekor lembu menghasilkan lebih kurang 30kg tulang terpilih.
    • Oleh itu untuk keluaran 1500 metrik tan setahun memerlukan 500,0000 ekor lembu/kerbau.
  2. Sumber tulang dari banyak pusat sembelihan
    • Tiada usaha untuk mencari dan mengumpulkan tulang-tulang dari pusat penyembelihan.
    • Tulang-tulang dari pusat penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha boleh digunakan untuk gelatin.
  3. Masalah-masalah lain
    • Mengambil masa 60-80 hari untuk mengeluarkan satu lot gelatin.
    • Adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal dalam kilang yang sama.
    • Peluang kontaminasi (contamination) antara gelatin halal dan tidak halal adalah sangat tinggi.
Alternatif kepada gelatin.
1. Fish Gelatin
Adakah ia halal?
Fakta: Buat masa ini masih belum ada kilang yang hanya membuat gelatin bersumberkan dari ikan sepenuhnya. Kebanyakkan kilang di Eropah menghentikan produksi gelatin babi selama sebulan atau setahun bagi mengeluarkan gelatin ikan. Ianya tidak halal kerana menggunakan peralatan yang sama dalam mengeluarkan gelatin babi.
2. Gelatin dari tumbuhan
Adakah ia halal?
Fakta: Sumber alternatif gelatin dari tumbuhan kebanyakkan digunakan dalam pembuatan softgel dan kapsul keras penyalut ubatan. Kebanyakkan kilang ini menggunakan mesin yang sama untuk mengeluarkan produk menggunakan gelatin tidak halal.