Gelatin merupakan protein yang dihasilkan daripada sumber haiwan seperti babi, lembu dan kerbau iaitu daripada kulit dan sendi-sendinya. Gelatin juga didefinisikan terbitan kolagen iaitu protein yang dikaitkan dengan tulang, kulit tisu penyambung lain. Dewasa ini isu pengunaan gelatin dalam pemakanan begitu berleluasa terutama dalam industri makanan dan farmasuketikal. Sifat-sifat gelatin yang luar biasa telah mejadikannya bahan pemantap, pengemulsi (agen campuran bagi bahan berminyak dan berakhir), pemekat makanan dan penyental. Ia turut memainkan peranan sebagai bahan lekatan dalam gula-gula dan sebagai bahan penggebu. Tedapat ramai dikalangan kita yang tidak menyedari hal ini. Tedapat banyak contoh makanan dan produk-produk yang mengandungi gelatin. Antaranya ialah gula-gula getah, toffee,jeli, pencuci mulut segera, jus buah, ais-krim, produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan pelengkap seperti minyak ikan, minyak bawang putih dan sebagainya yang didapati dalam bentuk lembut atau softgel. Persoalannya adakah bahan-bahan yang terkandung dalam makanan dan ubatan yang digunakan setiap hari adalah benar-benar bebas daripada benda-benda yang haram dan meragukan. Adakah gelatin yang digunakan adalah diambil daripada sumber yang benar-benar halal atau sebaliknya. Walaupun gelatin ini diperoleh daripada sumber yang halal, namun ia dianggap tidak halal sekiranya diambil daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. Gelatin halal diperoleh yang daripada kulit lembu atau kerbau tetapi ia tidak menguntungkan dari segi ekonomi kerana kulit lembu atau kerbau secara komersilnya lebih menguntungkan dalam industri barangan kulit dan kebanyakkan kulit babi juga dikatakan lebih bermutu tinggi dan mudah dihasilkan. Mengikut statistik laporan pasaran gelatin bagi tahun 2003, bahan mentah yang digunakan adalah 42.4% daripada kulit babi, 29.3% dari kulit lembu, 27.65% dari tulang dan dari sumber lain sebanyak 0.7%. Melalui laporan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan kulit babi adalah begitu tinggi berbanding sumber-sumber lain. Sehubungan itu ,berdasarkan kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa pengeluar yang mengeluarkan gelatin tetapi masih diragui tentang halal dan haram sumber gelatin tersebut. Antaranya Davis Gelatine, Parke Schere yang mana mengikut kajian yang telah oleh Cap ( Persatuan Pengguna Penang) yang diperoleh daripada buku terbitan Pusat Dagangan Antarabangsa UNCTAD/GATT, Sebanyak 60% daripada gelatin yang dikeluarkan syarikat berkenaan adalah diperoleh daripada kulit babi. Namun dalam keraguan kandungan Davis Gelatine masih mempunyai logo halal pada pembungkusnya. Oleh itu, penggunaan gelatin dalam pemakanan begitu mengundang keraguan di kalangan penguna Muslim. Umat Islam perlu mengambil berat persoalan pemakanan seharian dan menjauhi perkara-perkara yang halal dan syubhah kerana ia akan menjadi darah daging dan akan dihisab di akhirat kelak.Ia juga turut mempengaruhi tahap keimanan seseorang kerana kerana ia berkenaan ketaatan kepada perintah Allah S.W.T. Hadith Rasulullah S.A.W : عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ TERJEMAHAN TEKS HADITH: Dari Amir, ia berkata: Saya mendengar Nu'man bin Basyir berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara yang musyabbihat (serupa, tidak jelas haram atau halalnya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat maka ia telah membersihkan kehormatan diri dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat adalah seperti pengembala (yang membawa ternakanannya) di sekitar tanah larangan maka hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rosak. Ketahuilah, itulah hati. Berdasarkan hadith tersebut Halal dan Haram sesuatu makanan adalah berdasarkan kepada zat dan sifat (sesuatu makanan tersebut) yang dinyatakan secara jelas halal dan haramnya oleh dalil-dalil naqli yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith.[Definisi Ibn Hajar al-’Asqalani di dalam Fath al-Bari] Sehubungan itu, Umat Islam perlu memastikan makanan dan ubat-ubatan yang digunakan setiap hari adalah benar-benar mengunakan gelatin yang halal bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan, masakan, pengilangan, pembungkusan, dan pengangkutan. Menurut Prof Dr Ishak Hj Suliaman, pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadith dalam kuliahnya di DK3, pada 14 Julai 2008, pengertian antara pengertian halal yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu sesuatu yang tidak mengandungi bahan yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak. Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl; فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ (114) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (115) وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ (116) TERJEMAHAN AYAT : 114. Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang Telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu Hanya kepada-Nya saja menyembah. 115. Sesungguhnya Allah Hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang 116. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan Ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Berdasarkan ayat ini kita diperintahkan memilih makanan yang halal dan baik kerana Allah telah menyediakan kurniaan rezeki yang banyak kepada semua makhluknya. Kita juga perlu sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat kurniaan Allah. Dalam ayat tersebut turut menjelskan pengharaman bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah serta jangan mudah mendustakan halal atau haram kerana sesuatu perkara mestilah dibuktikan dahulu. Terdapat beberapa usaha kerajaan dalam mendepani isu makanan halal haram ini iaitu menyediakan produk alternatif halal kepada pengguna Muslim dan masyarakat Islam amnya. Antara produk yang diperkenalkan adalah GELATIN HALAL yang telah mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Gelatin yang dikeluarkah Halagel(M) Sdn.Bhd sejak tahun 1997 diperoleh dsri negara Islam iaitu Pakistan dan mempunyai 100% tenaga kerja daripada orang-orang Islam. Sehubungan itu, menyedari peri pentingnya gelatin dalam pemakanan dan perubatan Halagel dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia telah melakukan penyelidikan penghasilan gelatin halal. Sekumpulan pasukan penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengkomersialkan penghasilan gelatin halal tulen hasil penyelidikan mereka untuk kegunaan umat Islam sedunia bagi menangani kemaslahatan ummah. Dengan ini, Malaysia akan menjadi pengeluar uatama gelatin halal. Kesimpulannya, Umat Islam perlu peka dalam perkara-perkara yang melibatkan isu halal haram. Ia merupakan perkara yang perlu diberi penekanan dan perlaksanaan kerana sebagai umat Islam, mencari yang halal adalah dituntut oleh agama. Sebagai pengguna Muslim kita seharusnya menyokong produk-produk yang dihasilkan oleh bumiputera Islam dan menghentikan penggunaan produk-produk yang tidak jelas sumbernya seperti produk yang dihasilkan oleh Yahudi dan golongan bukan Islam. Sumber..Blog Prof Madya Dr Ishak Sulaiman, http://drishak69.blogspot.com |