Photobucket

Tuesday, October 12, 2010

Makanan McDonalds tidak boleh reput ?





Satu eksperimen yang membuktikan mkanan di restoran McDonald's tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung didalamnya. 

Seorang jurufoto dari New York mambiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang gorang di atas rak dirumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.

Bagaimanapun sehingga hari ke 137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.

Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.

Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak reput.

Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.

** artikel ini diambil daripada akhbar sinar Harian. moga kita ambil pengajaran dan menjaga pemakanan agar dapat hidup sihat sejahtera dibawah rahmat-Nya.