Photobucket

Monday, August 2, 2010

Sifat Dan Karakteristik Yahudi




Maha Suci Allah, pencipta alam buana, pencipta segala makhluk di alam raya tidak kira alam wujud atau alam ghaib. Begitulah Maha Hebat Al Khalik yang amat takruf dan mengetahui tentang yang diciptakanNya.
Bangsa Yahudi juga ciptaan Allah, maka sudah tentu Allah lebih arif tentang mereka dari kita yang amat jahil ini. Allah yang amat penyayang telahpun mengabadikan sifat-sifat, tingkah laku dan karakteristik bangsa Yahudi ini di dalam Al Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah, rasul junjungan kita sebagai mengajar rasul dan umat Islam agar lebih berhati-hati dengan orang dan bangsa Yahudi. Sejarah dari zaman Rasul dan juga dari zaman-zaman nabi sebelumnya telah terbukti sifat buruk bangsa ini.
Mari kita selidiki asal-usul bangsa Yahudi dan timbulnya perkataan Israel. Perkataan Israel menurut terjemahan Hamka merupakan gelaran hormat yang Allah kurniakan kepada Nabi Yaakub. Dalam bahasa Ibrani il membawa maksud Allah maka Israel membawa maksud Amir pejuang bersama Allah.
Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak. Anak kedua beliau bernama Yahuda. Yahuda mempunyai ramai anak dan membentuk sebahagian besar dari suku kaum bangsa Israel. Keturunan Yahuda berkembang sebagai bangsa dan agama yang dipanggil Yahudi.
Menurut buku Al Mu’jam al Mufahras li al-fazh Al Quran tulisan Muhammad Fuad Abdul Baqi, Yahudi disebut sebanyak 9 kali dalam Al Quran, Israel sebanyak 43 kali dan bani Israel sebanyak 13 kali.
Di dalam sirah dan perjalanan hidup Rasulullah beserta para sahabat, terdapat beberapa suku bangsa Yahudi disebut. Antaranya Bani Quraizah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa.
Allah di dalam Al Quran telah menggambarkan sikap dan karakteristik bangsa Yahudi begitu teliti. Hikmahnya amatlah banyak. Yang pertama sebagai amaran kepada kita umat Islam sedunia, akan kebencian dan niat mereka yang sentiasa bekerja untuk memusnahkan kita umat Islam. Yang kedua, sebagai amaran kepada seluruh umat manusia seluruh dunia supaya lebih berhati-hati dalam berurusan dunia dengan mereka seperti urusan perniagaan kerana cirri-ciri mereka bangsa Yahudi yang suka menipu dan memutar belitkan fakta.
Dari khazanah yang tidak ternilai di dunia ini, iaitu Al Quran maka inilah karakteristik bangsa Yahudi:
(1) Amat membenci orang-orang Islam:
Yahudi amat-amat terperasan yang mereka adalah bangsa pilihan; bukan bangsa manusia yang lain. Kedatangan Islam yang membawa mesej bahawa semua umat manusia adalah sama rata kecuali mereka yang bertaqwa dan beriman dengan tidak mengira dari bangsa manapun mereka berasal merupakan halangan besar kepada tercapainya cita-cita bangsa Yahudi untuk menguasai dunia dan memperhambakan bangsa yang lain. Marilah kita menghayati wahyu Allah dari surah Al Maidah ayat 82: “ Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik…..”
Bagi merealisasikan cita-cita, mereka menubuhkan organisasi Freemasonry. ‘Freemasonry International’ bertujuan membina Negara Yahudi di atas runtuhan Masjid Al Aqsa.
(2) Umat yang paling banyak bertanya.
Pepatah melayu mengatakan: “kalau tidak bertanya sesat jalan”. Bertanya adalah satu proses pembelajaran bagi mendapatkan panduan dan kebenaran bagi mencapai satu tujuan yang baik. Contohnya bertanya cara- cara membuat kek agar ianya lebih sedap. Malangnya sikap bertanya yang ada pada bangsa Yahudi ini begitu pelik. Pertanyaan mereka bertujuan untuk melambat-lambatkan perlaksanaan perintah Allah, sebagai ejekan kepada perintah Allah dan yang paling penting untuk tidak melaksanakan perintah Allah. Mereka adalah kaum yang engkar. Marilah kita hayati kisah orang Yahudi dengan Nabi Musa di dalam surah Al Baqarah bermula dari ayat 67 hingga 71. Pada akhir ayat 71 dinyatakan “…….Lalu mereka menyembelihnya dan nyaris mereka tidak melaksanakan perintah itu” Kisah ini merupakan perintah Allah kepada Bani Israel untuk menyembelih sapi.

(3) Umat yang suka mengingkari perintah Allah dan Rasul.
Apakah kita semua aktivis-aktivis pembebasan Palestin hatta Bangsa-bangsa Bersatu yakin bahawa Israel dan bangsanya Yahudi akan menurut segala perintah dan amaran? Apakah kita akan percaya sekiranya Amerika sekutu kuat mereka memerintahkan agar Israel berhenti mengepung Gaza akan mereka patuhi? Maka inilah jawapan Al Quran di dalam Surah Al Baqarah ayat 91 dan 92. Nabi Musa memerintahkan mereka mengabdikan diri dan mematuhi segala perintah Allah tetapi mereka telah mengambil anak sapi sebagai sembahan mereka. Sedangkan perintah Allah mereka berani langgar dan cabuli, inikan pula perintah manusia.
(4) Mengubah dan memutar belitkan kebenaran.
Berikut adalah kenyataan sikap mereka dalam ayat 75 surah Al- Baqarah. Tidak hairanlah mereka mengubah dan memutar belitkan fakta-fakta mengenai serangan ke atas kapal Mavi Marmara. Sudah terbukti sejak dari zaman nabi Musa lagi, dan yang ketaranya mengenai isu Palestin sewaktu perjanjian Oslo. Begitu juga sikap mereka yang semborono memusnahkan ladang zaitun milik turun temurun rakyat Palestin di tebing barat dalam tahun 2009 dengan alasan bahawa tuan yang menandatangi geran dalam Negara haram Israel telah meninggal dunia dan warisnya tidak punya kuasa atas tanah itu dan ianya menjadi milik Negara haram itu.
Oleh: Dr Kursiah Mohd Razali. (HALUANPalestin)
Sumber :- Haluanpalestin.haluan.org.my