Photobucket

Thursday, July 29, 2010

Khasiat buah timun untuk kesihatan

Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.

Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.
 
Timun ada pelbagai khasiat & penawar. Kebanyakan org suka memakannya kerana ia dianggap dpt menyejukkan badan. Sebenarnya timun kaya dgn kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C.

Berdasarkan kandungannya tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dlm darah kita.

Jika mengalami sembelit, ia dpt diatasi dgn mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dlm timun amat mujarab utk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dgn perahan lobak merah & saderi, ia dpt mengatasi masalah pusingan asid spt gout, reumatik & artritis.Bijinya pula kaya potasium. Cecair dpd bijinya dpt merawat masalah kekerapan buang air kecil.

Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendptkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dgn jus lobak & salad.Parutan timun juga boleh digunakan utk rawatan kecantikan spt masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pd seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dgn air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

Selain itu timun juga dpt menghilangkan masalah bau badan. Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya. Cuci & gosokkan pd bahagian badan yg sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi.

Kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dgn menggunakan timun. Caranya,parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pd setiap mlm sebelum tidur.

Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dgn timun. Kikis sebiji timun dgn menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Buat sbg bahan minuman dgn mencampurkannya bersama gula & garam. Kacau hingga sebati & simpan dlm peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang & malam.

Produk HPA yang Menggunakan Timun

Mandian Sari Timun

mandiantimun.jpg
Kandungan Utama:
Susu Kambing
Ekstrak Timun

Gel mandian badan ini dirumus dari susu kambing dan ekstrak timun. Ekstrak timun mempunyai pH yang sama seperti kandungan pH kulit manusia dan aroma timun memberi kesan kesegaran pada tubuh. Susu kambing mengandungi enzim dan vitamin untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia memberikan kelembapan semulajadi pada kulit dan sekaligus melambatkan proses penuaan. Haruman semulajadinya menjadikan anda yakin dan segar sepanjang hari. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Penggunaan gel mandian secara berterusan menjadikan kulit anda:
  • Lembut dan segar
  • Cerah dan berseri
Penggunaan:
Tekan sedikit pada tapak tangan dan oleskan pada badan kemudian dibilas.

Kandungan : 210ml

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 13
Sabah & Sarawak: RM 16
Nilai Mata (NM): 5