Seorang ayah bersama 6 orang anaknya berlari bertempiaran membawa haluan dan juga nyawa. Isterinynya pula baru sahaja hancur berkecai di panahi bom yang tidak tahu dari mana datangnya. Dia terus berlari sambil menjerit sehinggakan terkencing di dalam seluar. Si ayah tadi hampir tidak ada lagi perasaan takut. Kaki yang sakit itu terasa kebas dan dia sekeluarga terus berlari. Apa yang ada hanyalah satu tekad untuk menyelamatkan anak-anaknya beserta laungan Allahu Akbar.Apabila sampai di balik tembok yang di rasakan selamat, dia terus bersembunyi dalam kegelapan sambil memeluk anak kecilnya yang berusia setahun di dadanya. Tetapi tiba-tiba, dia berasa hairan. Dia berasa hairan yang teramat sangat. Hairan bukan kerana tiada lagi bunyi bom, tetapi hairan kerana dia seolah-oleh merasakan tekaknya tidak boleh lagi bersuara.Apa yang terjadi?
Adakah dia sudah mati?
Ohhh.. tidak mungkin!
Ini kerana mulutnya masih lagi tidak putus berdoa dan bertakbir supaya nyawanya dan anaknya diselamatkan. Dia juga masih menjerit nama anak-anaknya tetapi perasaanya ketika itu tidak ubah seperti berada di alam ghaib. Sunyi sepi, tiada sahutan langsung dari anak-anaknya yang lain.Tetapi hakikatnya, dia belum mati lagi.
Sangkaannya meleset kerana apa yang terjadi sebenarnya cukup menyayat hatinya sebagai seorang ayah. Ya Tuhan…. rupa-rupanya yang ada padanya hanyalah anak yang dipeluknya itu sahaja. 5 lagi orang anaknya tadi sudah tiada lagi dibelakangnya!!!
Penyaduran maklumat. Boikot. Kepincangan ekonomi.
Berikut adalah antara produk-produk Israel yang disalin dari website Inminds:
Baca lagi di sini. Untuk melihat dan membaca tentang kekejaman Israel.